Dua kes subvarian baharu Omicron sudah dikesan di Singapura

Singapura mengesahkan sudah mengesan dua kes Covid-19 melibatkan subvarian Omicron BA.2.12.1 yang baharu.

Kedua-dua kes dalam komuniti itu dikesan susulan daripada “pemantauan aktif pihak berkuasa terhadap situasi Covid-19 dan penjujukan genetik untuk pengawasan”, kata Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan hariannya.

“Semua kes diasingkan sendiri selepas disahkan positif Covid-19.”

MOH berkata BA.2.12.1 pada masa ini tidak berada dalam senarai varian membimbangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Tidak banyak yang diketahui melibatkan BA.2.12.1 yang merupakan subvarian daripada varian BA.2 Omicron yang sangat mudah merebakdan pada masa ini tiada bukti bahawa ia menyebabkan kesan penyakit yang lebih teruk.

Varian Omicron menjadi dominan di seluruh dunia menjelang pertengahan Mac.

Omicron dikesan merebak dengan meluas di Amerika Syarikat dan dianggarkan lebih 90 peratus jangkitan baharu dikesan melibatkan varian itu setakat 16 April, kata Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) pada 19 Apr.

BERITA BERKAIT
POPULAR