Dua dos Pfizer, AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta

July 22, 2021 · Dunia

Satu kajian yang disiarkan dalam New England Journal of Medicine mengesahkan dua dos vaksin Pfizer dan AstraZeneca berkesan terhadap varian Delta Covid-19 yang sangat mudah ditularkan berbanding dengan varian Alpha yang sebelumnya adalah virus dominan.

Laporan yang diterbitkan semalam menunjukkan kedua-dua vaksin itu sangat berkesan terhadap varian Delta yang kini menjadi varian dominan di seluruh dunia, walaupun kajian menegaskan bahawa satu suntikan vaksin tidak cukup untuk memberikan perlindungan maksimum.

Kajian itu sekali gus mengesahkan penemuan utama pihak berkuasa Kesihatan Awam England (PHE) pada Mei mengenai keberkesanan vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dan Oxford-AstraZeneca, berdasarkan data dunia nyata.

Mengikut laporan di dalam jurnal itu kajian mendapati keberkesanan dua dos vaksin Pfizer mencecah 88 peratus bagi jangkitan bergejala daripada varian Delta, berbanding 93.7 peratus terhadap varian Alpha, sama seperti dilaporkan sebelumnya.

Dua dos vaksin AstraZeneca pula berkesan sebanyak 67 peratus terhadap varian Delta, meningkat berbanding laporan sebelum ini, manakala 74.5 peratus berkesan terhadap varian Alpha, juga meningkat berbanding jangkaan keberkesanan 66 peratus.

“Hanya perbezaan sederhana dalam keberkesanan vaksin yang dicatat dengan varian Delta dibandingkan dengan varian Alpha selepas penerimaan dua dos vaksin,” menurut catatan penyelidik PHE dalam kajian itu.

Data dari Israel menganggarkan keberkesanan suntikan Pfizer lebih rendah terhadap penyakit simptomatik, walaupun perlindungan terhadap penyakit yang teruk tetap tinggi.

PHE sebelum ini mengatakan dos pertama daripada salah satu vaksin adalah sekitar 33 peratus berkesan terhadap jangkitan bergejala varian Delta.

Kajian penuh diterbitkan semalam mendapati satu dos suntikan Pfizer adalah 36 peratus berkesan, manakala 30 peratus berkesan bagi satu dos vaksin AstraZeneca.

“Penemuan kami mengenai keberkesanan yang berkurangan selepas dos pertama akan menyokong usaha memaksimumkan pengambilan dua dos vaksin di kalangan kumpulan rentan dalam konteks penularan varian Delta,” kata penulis kajian itu.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok