Dua bulan lalu bantu India, kini Indonesia perlukan bantuan sama

Dua bulan lalu, Indonesia menyumbangkan hampir 3,400 tangki oksigen dan alat bantuan pernafasan kepada India selepas negara tersebut teruk terjejas apabila penularan wabak Covid-19, terutama varian Delta.

Malah, Jakarta juga merancang menghantar 2,000 tangki oksigen kepada India pada akhir Jun lalu, tetapi terpaksa dibatalkan gara-gara keadaan semakin bertukar apabila negara republik dengan jumlah penduduk keempat tertinggi di dunia itu pula yang kehabisan beberapa peralatan  oksigen.

Hari ini negara Asia Tenggara itu pula melaporkan telah mengalami situasi yang sama seperti India di mana berlakunya penyebaran jangkitan yang semakin meningkat dan pihak pemerintah terpaksa meminta bantuan kecemasan dari negara lain termasuk Singapura dan China.

Menteri yang dipertanggungjawabkan menyelaras Covid-19, Luhut Binsar Pandjaitan, memaklumkan Indonesia kini kekurangan peralatan oksigen, termasuk silinder, penumpu, dan alat bantuan pernafasan.

Indonesia telah meminta bantuan China, Singapura dan Australia. Lebih 1,000 peralatan dari Singapuran dan 1,000 alat bantuan pernafasan dari Australia sudah diterima.

Indonesia turut berhasrat untuk membeli 36,000 tan oksigen tambahan dan 10,000 penumpu dari Singapura.

Negara lain juga turut memberi bantuan kepada Indonesia termasuk Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan China, tetapi sumber oksigen yang digunakan oleh China berbeza dengan yang digunakan di Indonesia.

Menurut data pihak berkuasa republik itu, kapasiti keperluan harian untuk oksigen telah mencapai tahap 1,928 tan sehari, berbanding pengeluaran negara sebanyak 2,262 tan sehari.

Pandjaitan turut memaklumkan bahawa 100 peratus kegunaan oksigen diutamakan kepada sektor kesihatan dan semua peruntukan untuk industri lain terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Kapasiti Hhospital juga sudah hampir penuh dan jumlah pesakit yang meninggal dunia di rumah ketika menjalani kuarantin kendiri sebelum menerima rawatan juga semakin meningkat.

Wakil Walikota Bandung, Yaya Mulyana memaklumkan bilik kecemasan di sebuah Hospital Awam Bandung terpaksa ditutup kerana pihak hospital telah kehabisan oksigen.

Terdapat segelintir rakyat Indonesia yang membeli tangki oksigen sebagai persediaan walaupun mereka belum dijangkiti Covid-19. Ini membuatkan bekalan oksigen telah habis di pasaran. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR