Dos penggalak Covid-19 dapat kelulusan akhir AS

October 22, 2021 · Dunia

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) pada Khamis memberikan kelulusan akhir untuk dos penggalak Covid-19.

Penerima dos penggalak itu boleh memilih satu daripada tiga vaksin yang ada iaitu Pfizer-BioNTech, Moderna dan Johnson & Johnson.

Menurut laporan Bernama, Pengarah CDC, Rochelle Walensky berkata individu yang sudah menerima dua dos Pfizer-BioNTech atau Moderna layak menerima suntikan penggalak jika berusia 65 tahun ke atas, mempunyai masalah kesihatan atau bekerja di bidang berisiko tinggi, ia dipetik Agensi Anadolu.

Kira-kira 15 juta individu di AS yang menerima vaksin Johnson & Johnson layak mendapat suntikan penggalak jika berusia 18 tahun ke atas selepas menerima dua dos pertama lebih sebulan.

Terpulang kepada individu untuk menentukan jenis vaksin yang mereka mahukan untuk suntikan penggalak. Ketiga-tiga vaksin sangat berkesan dalam mengurangkan risiko kesihatan yang teruk, kemasukan ke hospital dan kematian, menurut pihak berkuasa kesihatan itu dalam satu kenyataan.

Kematian dan kes jangkitan Covid-19 mingguan menunjukkan penurunan sejak September.

Sehingga kini, lebih 77 peratus penduduk berusia 12 tahun ke atas telah menerima sekurang-kurangnya satu doa vaksin dengan lebih 57 peratus sudah lengkap dua dos.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
24 jam lalu· Isu semasa
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
August 9, 2022· Dunia
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Popular
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022
Lagi Dunia terkini
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
3 jam lalu · Dunia
Pasangan tipu barang mewah RM103j ditahan di JB dibawa ke Singapura
17 jam lalu · Dunia
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
18 jam lalu · Dunia
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022 · Dunia
Suspek bunuh 4 lelaki Islam ditahan
August 10, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok