Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik

September 22, 2022 · Dunia

Dolar Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi baharu dalam dua dekad berbanding mata wang utama lain, hari ini (Khamis, 22 September 2022), tetapi pasaran saham jatuh, setelah Rizab Persekutuan (Fed) menaikkan kadar faedah AS dan meramalkan lebih banyak kenaikan, mengatasi jangkaan daripada pelabur.

Euro merosot ke paras terendah 20 tahun pada AS$0.9810, selepas Russia mengarahkan kerahan tentera simpanan dalam peningkatan perang di Ukraine.

Niaga hadapan S&P 500 turun 0.6 peratus dan dolar meningkat pada awal dagangan. Indeks dolar mencecah paras tertinggi 20 tahun pada 111.65 dan kekuatan dolar AS menyebabkan Aussie, kiwi dan dolar Kanada turun ke paras terendah baharu beberapa tahun.

Sterling mencecah AS$1.1233, terendah dalam 37 tahun. Mata wang Korea Selatan merosot melepasi paras simbolik 1,400 setiap dolar buat kali pertama sejak 2009. Baht Thai, ringgit, dolar Singapura dan krona Sweden semuanya mencatat paras terendah baharu yang besar.

Nikkei Jepun jatuh satu peratus. Niaga hadapan Hang Seng mendatar, walaupun indeks Naga Emas bagi saham China yang tersenarai di AS jatuh 5.9 peratus semalaman.

Fed menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) secara mendadak, sebanyak 75 mata asas (bps), pada Rabu, kenaikan ketiga berturut-turut, menjadikan julat sasaran OPR penanda aras bank kepada 3 peratus hingga 3.25 peratus.

Unjuran menunjukkan pegawai berpendapat kadar akan lebih tinggi dan pertumbuhan akan lebih rendah, dan ramalan median adalah untuk kadar dana mencecah 4.4 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada harga pasaran dan 100 mata asas lebih daripada unjuran Fed tiga bulan lalu.

“Fed tidak akan berhenti dalam masa terdekat, dan akan ada tempoh lanjutan dasar monetari yang mengehadkan sekurang-kurangnya untuk tahun depan atau lebih,” kata Ketua Pegawai Pelaburan Pengurus JB Were di Sydney, Sally Auld.

“Apa lagi yang anda beli kecuali dolar AS pada masa ini?” tambahnya, dengan pertumbuhan di Eropah, Britain dan China, dan yen merosot apabila Jepun mengekalkan kadar faedah yang rendah.

Mesyuarat bank pusat di Taiwan, Jepun, Filipina, Indonesia, Britain dan Norway dijadualkan lewat hari ini, dengan semuanya dijangka menaikkan OPR, kecuali Jepun.

Jepun minggu ini telah memacu komitmennya dengan membelanjakan lebih daripada ¥2 trilion (AS$13.8 bilion atau RM63.24 bilion) dalam dua hari lalu untuk menetapkan siling 0.25 peratus pada hasil bon 10 tahun kerajaan Jepun.

Tetapi, walaupun tiada perubahan dasar berlaku, akan ada tumpuan yang mendalam terhadap pandangan gabenor Haruhiko Kuroda mengenai kemerosotan yen, kerana ketidakselesaan yang semakin meningkat boleh membayangkan perubahan dasar.

Yen susut kira-kira 20 peratus berbanding dolar tahun ini dan pada 144.29 setiap dolar menghampiri paras terendah 24 tahun.

“Kami melihat risiko USD/JPY menuju ke 147 dalam beberapa bulan akan datang,” kata pakar strategi Rabobank, Jane Foley dalam nota kepada pelanggan.

Dolar Australia dan New Zealand disematkan pada paras terendah sejak pertengahan 2020, dengan Aussie turun 0.3 peratus pada Khamis kepada AS$0.6611 dan kiwi turun 0.4 peratus kepada AS$0.5831.

Yuan China berada pada bahagian lemah tujuh setiap dolar. Indeks dolar AS mencecah paras tertinggi 20 tahun pada 111.63 susulan kenaikan OPR.

Dalam pasaran komoditi, minyak susut berikutan kebimbangan kadar faedah yang lebih tinggi akan menjejaskan permintaan. Niaga hadapan minyak mentah AS stabil dalam dagangan awal Asia pada AS$82.81 setong. Niaga hadapan Brent berada pada AS$89.83.

Gandum meningkat semalaman kerana kebimbangan perang yang lebih luas dan lebih lama di Ukraine. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit jatuh lagi menghampiri RM4.7O berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding semalam berbanding dolar
September 29, 2022· Isu semasa
Ringgit jatuh lagi berbanding dolar AS, menghampiri RM4.70
September 28, 2022· Isu semasa
Nilai ringgit kekal menyusut berbanding dolar pagi ini
September 28, 2022· Isu semasa
Popular
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
21 jam lalu · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
12 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok