Dokumen bocor cetus kebimbangan keberkesanan vaksin Sinovac

July 6, 2021 · Dunia

Satu memorandum Kementerian Kesihatan Thailand yang bocor berkaitan keberkesanan vaksin Covid-19 keluaran China – Sinovac – mencetuskan gesaan agar kakitangan perubatan negara itu diberi suntikan tambahan atau ‘booster’ mRNA.

Dokumen itu turut menyatakan jika langkah pemberian suntikan tambahan dilakukan, ia akan menganggu kepercayaan masyarakat terhadap keberkesanan vaksin biotech China itu.

Memorandum untuk edaran dalaman yang merangkumi pelbagai pendapat, disiarkan oleh media tempatan dan dikongsi secara meluas di media sosial.

Perkara itu disahkan Menteri Kesihatan Thailand Anutin Charnvirakul sebagai sahih, lapor Channel News Network.

Sinovac bukan dikategorikan sebagai vaksin mRNA.

mRNA adalah vaksin pengutus atau ‘messenger’ kepada asid ribonucleic (RNA) jenis baharu yang melatih sel tubuh badan kita untuk mencipta protein, yang akan mencetuskan tindak balas imunisasi di dalam badan, tidak seperti vaksin penyakit lain yang direka dengan memasukan ‘kuman lemah’ di dalam badan seseorang.

Memorandum itu memasukkan komentar seorang pegawai yang tidak dinamakan yang mencadangkan pihak berkuasa tidak memberi suntikan vaksin Pfizer-BioNTech kepada petugas barisan hadapan kerana langkah itu akan dilihat ‘mengaku bahawa vaksin Sinovac tidak berkesan’.

Thailand dilaporkan sudah memberi suntikan dos Sinovac kepada kebanyakan kakitangan kesihatannya, dan menerusi kajian yang dilakukan menunjukkan tahap keberkesanan dua dos vaksin itu mencapai 95 peratus dalam mengurangkan kematian dan gejala yang teruk Covid-19.

Kajian juga menunjukkan tahap keberkesanannya terhadap varian Alpha adalah antara 71 hingga 91 peratus.

Komen dalam memorandum yang bocor itu mencetuskan gesaan pakar kesihatan terkenal Thailand, termasuk pegawai atasan majlis perubatan, supaya kerajaan memberi suntikan perangsang ‘booster’ Pfizer-BioNTech.

Tanda pagar ‘beri Pfizer kepada kakitangan perubatan’ menjadi trend di laman Twitter di Thailand dengan 624,000 twit hari ini.

Bagaimanapun pegawai kanan kesihatan, Opas Karnkawinpong memberi kenyataan bertentangan dengan apa yang dikatakan menteri kesihatan apabila mengatakan memorandum itu tidak benar.

Anutin berkata komen berkaitan suntikan ‘booster’ hanya pendapat dan Thailand mempunyai panel yang terdiri daripada pakar untuk membuat polisi mengenai vaksin.

“Dua dos vaksin Sinovac sudah berkesan dan memberi keputusan jauh daripada standard yang dikehendaki,” katanya.

Namun pakar perubatan Thailand menggesa kerajaan menggunakan campuran dua vaksin berlainan untuk memberi perlindungan tambahan.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mendapati vaksin Sinovac berkesan melindungi individu berusia di bawah umur 60 tahun daripada ancaman virus Covid-19, tetapi bimbang kerana tidak mempunyai data berkualiti mengenai kesan serius kepada penerima.

mRNA adalah vaksin pengutus atau ‘messenger’ kepada asid ribonucleic (RNA) jenis baharu yang melatih sel tubuh badan kita untuk mencipta protein, yang akan mencetuskan tindak balas imunisasi di dalam badan.

Bagaimanapun menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dalam laman sesawang mereka, vaksin mRNA tidak boleh ditukar ganti.

Sekiranya anda mendapat vaksin Pfizer-BioNTech atau Moderna, anda harus mendapatkan produk yang sama untuk suntikan kedua, kata CDC. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura tarik balik produk kicap dari Malaysia
September 3, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Tipu cukai, Shakira berdepan hukuman penjara lebih 8 tahun
July 30, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok