Doktor gesa Indonesia buat semula ujian PCR kepada pelancong

June 22, 2022 · Dunia

Persatuan Perubatan Indonesia (IDI) menasihatkan kerajaan untuk mengenakan semula ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) Covid-19 untuk pelancong berikutan peningkatan jumlah jangkitan di Indonesia.

“Keperluan keputusan negatif PCRbagi pengembara harus dilaksanakan semula memandangkan kos ujian sudah semakin murah,” kata wakil pasukan petugas Covid-19 IDI, Erlina Burhan.

IDI juga meminta Kementerian Kesihatan mengkaji semula dasar menarik balik arahan pemakaian pelitup muka di kawasan lapang.

Erlina juga menggesa kerajaan untuk mendidik orang ramai secara besar-besaran mengenai langkah-langkah pencegahan Covid-19.

“Minta orang ramai memakai pelitup muka (di tempat terbuka) sekali lagi kerana kes semakin meningkat,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa pada awal Februari tahun ini, jumlah kes Covid-19 harian Indonesia adalah sekitar 200, dan jumlah itu telah meningkat kepada melebihi 1,000 kes sehari sekarang.

IDI juga meminta kerajaan untuk mengaktifkan semula dan meningkatkan usaha pengesanan kontak rapat dan merayu kepada pihak berkepentingan, seperti kerajaan wilayah, untuk meningkatkan liputan vaksinasi dos penggalak.

Pada Selasa, Pasukan Petugas Pengendalian Covid-19 melaporkan bahawa Indonesia telah merekodkan 1,678 kes baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan sejak kes pertama disahkan pada Mac 2020 kepada lebih 6.07 juta kes.

Wilayah yang mencatatkan kes baharu paling banyak ialah Jakarta, dengan 953 kes; Jawa Barat, 291 kes; dan Banten, 213 kes.

Selain itu, data pasukan petugas juga menunjukkan bahawa seramai 677 pesakit telah diisytiharkan pulih pada Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 5,904,138.

Sementara itu, jumlah kematian meningkat lima orang menjadi 156,700 orang.

Pasukan petugas itu melaporkan, sehingga Selasa, jumlah kes aktif Covid-19 di Indonesia mencapai 10,095, meningkat 996 berbanding hari sebelumnya. – Agensi

Berita berkaitan
Pemuda UMNO minta PM batalkan lantikan Tajuddin sebagai Duta
5 jam lalu· Politik
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Popular
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Singapura lapor 11,504 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam lebih 3 bulan
June 28, 2022
Lagi Dunia terkini
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
8 jam lalu · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
13 jam lalu · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
14 jam lalu · Dunia
Singapura lapor 11,504 kes Covid-19 hari ini, tertinggi dalam lebih 3 bulan
24 jam lalu · Dunia
Russia bom depoh senjata, bukan pusat beli-belah, kata Moscow
June 28, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tajuddin sedia jadi calon Bebas atau Pas jika UMNO ‘main kasar’
June 27, 2022
[VIDEO] Zahid wajar fokus kes mahkamah, mudah-mudahan selamat, sindir Tajuddin
June 27, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok