Doktor beri amaran tapi Sydney tetap dibuka semula esok

October 9, 2021 · Dunia

Sydney tetap menarik balik beberapa sekatan Covid-19 mulai esok setelah 70 peratus penduduk New South Wales (NSW) sudah lengkap divaksin, tatkala doktor memberi amaran langkah itu bakal memberi tekanan kepada sistem kesihatan.

Penduduk Sydney sebelum ini berdepan perintah sekatan dan protokol kesihatan yang ketat susulan peningkatan jangkitan baharu Covid-19, yang menyaksikan beberapa negeri jiran kekal menutup sempadan mereka dengan NSW.

Persatuan Perubatan Australia (AMA), mewakili doktor negara, mengatakan pembukaan terlalu cepat atau terlalu awal akan mengakibatkan peningkatan jumlah kematian yang dapat dielakkan dan sekatan akan dilaksanakan semula.

Namun selepas lebih 100 hari berada dalam ‘penjara’ akibat penutupan penuh atau ‘lockdown’, warga Sydney yang melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing akan diberi kelonggaran.

Ketua Menteri NSW Dominic Perrottet berterima kasih kepada penduduk yang keluar beramai-ramai untuk mengambil suntikan vaksin bagi memastikan perintah sekatan dan penutupan ditarik balik.

“Kita tahu bahawa vaksinasi adalah kunci kepada kebebasan. Kadar vaksinasi yang tinggi di NSW bukan sahaja mengetuai negara tetapi juga dunia.

“Ketika kita membuka semula NSW mulai Isnin kita mesti memastikan ianya dibuka dengan selamat, namun perjuangan ini belum selesai, ia masing panjang untuk dilalui.

“Kita perlu meneruskan fokus, supaya semua orang di negeri ini keluar dan mendapat vaksin – usaha itu telah memastikan kita dapat membuka NSW pada Isnin dengan cara yang selamat,” katanya.

Hari ini, negeri berpenduduk paling padat di Australia itu melaporkan 580 jangkitan baharu dan 11 kematian melibatkan penularan varian Delta.

Manakala di Victoria, ibu kota Melbourne sudah melaporkan 1,965 kes dengan lima kematian sejak Ogos lalu.

Wilayah yang memiliki sekitar seperempat daripada 25 juta penduduk di Australia itu, Victoria sudah menyuntik hampir 57 peratus penduduknya.

Menteri Kesihatan Australia, Greg Hunt memberitahu kerajaan Persekutuan sedang membincangkan untuk menyediakan lebih 2,000 jururawat dan doktor tambahan dari luar negara ke negara itu untuk membantu pihaknya, kerana kebarangkalian permintaan perubatan akan meningkat dalam tempoh enam bulan akan datang.

“Ini akan dapat membantu pihak kesihatan untuk mendapat sokongan tambahan,” katanya.

Sejak beberapa minggu ini, hospital di Melbourne dan Sydney sesak dengan pesakit, dan di Victoria, penyediaan perkhidmatan kecemasan dan ambulan pra-hospital di wilayah itu dilaporkan berdepan kekurangan menguruskan pesakit sejak dua minggu ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
9 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
12 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
16 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
16 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
16 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok