Doktor AS rancang beri Paxlovid untuk pesakit Covid berisiko rendah

May 28, 2022 · Dunia

Penggunaan ubat antiviral merawat Covid-19, Paxlovid keluaran Pfizer dilaporkan meningkat minggu ini, tetapi sesetengah doktor mempertimbangkan semula pil itu untuk pesakit berisiko rendah.

Tindakan itu dibuat susulan amaran dikeluarkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) bahawa gejala Covid-19 boleh berulang walaupun setelah pesakit mengambil pil berkenaan dan perlu diasingkan kali kedua.

Dengan lebih banyak masa untuk kuarantin, ianya bukan menggembirakan orang ramai, kata Pakar Penyakit Berjangkit di Ochsner Health di New Orleans, Dr Sandra Kemmerly,

“Bagi mereka yang benar-benar tidak berisiko … saya akan mengesyorkan agar mereka tidak mengambilnya.”

Penggunaan Paxlovid Pfizer, yang dibenarkan untuk merawat orang yang baru dijangkiti Covid-19 dan berisiko untuk mencegah penyakit yang teruk, telah bertambah apabila jangkitan turut meningkat.

Lebih 162,000 pil Paxlovid telah diberikan minggu lalu – berbanding purata 33,000 seminggu sejak ubat itu dilancarkan lewat tahun lalu, menurut data kerajaan AS.

Pegawai pentadbiran Joe Biden telah mendesak penggunaan Paxlovid secara meluas, yang dibeli dan disediakan oleh kerajaan secara percuma.

Tetapi penggunaan yang lebih tinggi juga menyusul dengan lebih banyak laporan daripada orang yang mengatakan gejala mereka berkurangan dengan Paxlovid, hanya untuk dijangkiti semula setelah menghabiskan rejimen pil selama lima hari.

Pada Selasa, CDC memetik laporan kes dan kebimbangan bahawa pesakit berulang boleh menyebarkan virus itu, sekali gus mengeluarkan nasihatnya bahawa pengguna Paxlovid harus mengasingkan diri untuk lima hari kedua jika bergejala.

“Saya enggan memberikannya kepada orang yang sangat berisiko rendah, dan tidak sakit teruk, terutamanya orang yang diberi vaksin dan dos penggalak,” kata Ketua Kesihatan Awam dan Epidemiologi Northwell Health Dr Bruce Farber.

Menurutnya beliau masih mengesyorkan Paxlovid untuk individu yang mempunyai masalah kesihatan yang ketara atau berumur lebih daripada 75 tahun.

Pfizer, dalam e-mel, berkata firma itu sedang memantau data, tetapi percaya jangkitan semula virus yang boleh dikesan adalah luar biasa dan tidak dikaitkan secara unik dengan ubatnya.

“Kami tidak melihat sebarang masalah muncul setakat ini terhadap pesakit yang dirawat dengan Paxlovid,” kata seorang jurucakap Pfizer.

Kelulusan kecemasan Paxlovid menetapkan bahawa ubat itu harus digunakan hanya untuk pesakit yang baru dijangkiti, tetapi doktor berkata ramai yang lain telah mendapatkan preskripsi.

“Kami mendapat banyak permintaan – mungkin seseorang sedang melancong dan mereka mahu mengambilnya sebagai langkah berjaga-jaga,” kata Dr Tara Vijayan, Pakar Penyakit Berjangkit di UCLA Health di Los Angeles.

“Kami tidak menawarkannya sebagai untuk berjaga-jaga.”

CDC juga mengatakan tidak jelas sama ada kes berulang mempunyai kaitan dengan Paxlovid, atau hanya sebahagian daripada trajektori semula jadi Covid-19. Agensi itu tidak menyatakan sebarang kebimbangan khusus tentang kesan kesihatan.

“Covid dari segi sejarah mengalami keadaan di mana seseorang akan berasa lebih baik satu hari dan kemudian berasa lebih teruk pada keesokan harinya.

“Tetapi saya boleh katakan kita tidak melihat gejala pemulihan ini dengan rawatan Covid yang lain,” kata Vijayan, merujuk kepada terapi seperti antibodi monoklonal.

“Pesakit yang dijangkiti semula, ia biasanya sangat rendah,” kata Dr Earl Strum, Pengarah Perubatan Kesihatan Pekerja di Keck Medicine of USC di Los Angeles.

Ada yang mempersoalkan sejauh mana Paxlovid membantu memandangkan bilangan orang yang diberi vaksin atau pernah dijangkiti Covid-19 yang teruk.

Penggunaan Paxlovid diluluskan pada Disember selepas kajian terhadap pesakit Covid yang tidak diberi vaksin dan berisiko tinggi dengan keadaan seperti diabetes, dengan menunjukkan pengurangan 88 peratus dalam kemasukan ke hospital atau kematian.

Pada masa itu, varian Delta adalah berleluasa, tetapi ia telah digantikan oleh Omicron yang lebih mudah menular. – Reuters

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok