Denda 10,000 riyal jika kerjakan umrah tanpa permit

April 3, 2022 · Dunia

Pihak berkua Arab Saudi mengualgi amaran akan mengenakan denda sehingga 10,000 riyal sekiranya ada individu yang ditangkap kerana mengerjakan umrah tanpa permit.

Jurucakap Pertahanan Awam Arab Saudi berkata, permit umrah akan disemak menerusi permohonan dalam aplikasi Tawakkalna dengan membandingkan maklumat kewarganegaraan, penduduk dan nombor pasport.

“Sesiapa yang ditangkap kerana melakukan umrah tanpa permit akan didenda 10,000 riyal. Permit dalam Tawakkalna mestilah bertepatan dengan tarikh mengerjakan umrah yang telah dipilih,” katanya.

Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Awam menekankan keperluan mendapatkan permit menunaikan umrah menerusi aplikasi Tawakkalna atau Eatamarna.

Walaupun, Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan sebelum ini bahawa tidak perlu mendapatkan permit dan temujanji untuk menunaikan solat di Masjidil Haram di Makkah, tetapi permit diperlukan bagi menunaikan umrah dan bersolat di Al-Rawdah Sharifa di Masjid Nabawi, Madinah.

Kementerian telah mengehadkan umur minimum untuk mengeluarkan permit mengerjakan umrah dan solat di Al-Rawdah Sharifa hanya kepada kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke atas.

Individu yang tidak menerima vaksin Covid-19 atau yang belum menyelesaikan imunisasi boleh menunaikan umrah dan memasuki Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi dengan syarat mereka tidak dijangkiti wabak itu atau pernah berhubung dengan orang yang telah disahkan dijangkiti virus tersebut.

Selain itu, tidak perlu mendaftarkan maklumat imunisasi untuk jemaah yang datang dari luar negara untuk mendapatkan permit umrah. – Agensi

Berita berkaitan
Penganggur didenda RM3,000 selepas didapati bersalah calar kereta Alphard
December 27, 2023· Isu semasa
Pemandu langgar motosikal ditunggang empat beranak didenda RM6,000
December 13, 2023· Isu semasa
Penipuan guna dokumen palsu, pembantu tadbir didenda RM20,000
November 7, 2023· Isu semasa
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok