De Beers buru berlian gergasi bawah pulau ais

October 6, 2021 · Dunia

Ketika saintis Eropah pertama kali tiba di Greenland – pulau bukan benua terbesar di dunia terletak di antara Artik dan Lautan Atlantik, di sebelah timur Kepulauan Artik Kanada – mereka bertemu sekumpulan suku asli Kalaallit.

Berkeluasan 2,166,086 kilometer persegi dengan hampir keseluruhan tanahnya diliputi ais, tiada siapa menyangka ada sesuatu yang tersembunyi di dasar laut Greenland.

Permata Greenland muncul setelah saintis Eropah itu bertemu suku kaum asli berkenaan 200 tahun lalu. Suku kaum Kalaallit itu memang sudah biasa dengan ruby – batu permata merah – yang ketika itu tiada nilainya bagi mereka.

Namun kini, syarikat perlombongan batu permata raksasa – De Beers – sedang melakukan tinjauan terperinci di perairan pantai Greenland dalam usaha mereka untuk mengenal pasti simpanan berlian yang tersembunyi di situ.

Hasil penyelidikan selama lapan hari di sekitar 800 kilometer persegi dasar laut pantai barat Greenland, berdekatan bandar Maniitsoq, selesai Khamis lalu, kata jurucakap Kajian Geologi Denmark dan Greenland (GEUS).

Pihak GEUS mengesahkan pencarian tersebut mewakili De Beers dan memaklumkan hasil kajian akan mengambil masa berbulan-bulan untuk dianalisis kesahihannya.

“De Beers Marine (DBM) akan mengenal pasti sama ada persekitaran luar persisir pantai itu sesuai dengan simpanan berlian sekunder.”

De Beers dengan kerjasama Alrosa Russia iaitu pelombong berlian terkemuka di dunia memaklumkan, melalui pencarian itu, pada awalnya ia dilaksanakan pada kedalaman air antara 50 hingga 200 meter.

“Fokus pencarian pada peringkat awal hanya berskala kecil untuk memahami keadaan topografi di kawasan itu,” kata De Beers, sebuah syarikat perlombongan negara Anglo American (AAL.L) dalam satu kenyataan.

Simpanan berlian terbentuk di bawah kedudukan tekanan tinggi gunung berapi dikenal pasti terdapat di darat di Greenland barat.

Berlian yang terhasil di persisiran pantai dikenal pasti secara umumnya berkualiti tinggi dan harganya lebih tinggi berbanding permata kerana ia tidak dapat bertahan lama dalam kedalaman air laut ketika dibawa naik ke permukaan.

Sejak tahun 1990-an, pengeluaran dan pencarian berlian di laut hanya tertumpu di Namibia, kerana kawasan itu sudah menyumbang hampir 75 peratus dari jumlah pengeluaran berlian di seluruh dunia.

Kadar pengeluaran di Namibia itu juga dijangka meningkat setelah perlombongan di daratan sudah menghampiri titik terakhir.

Di Namibia, De Beers turut berkerjasama dengan kerajaan negara itu, dengan usahasama 50/50 untuk mengendalikan kapal perlombongan khas.

De Beers bertanggungjawab menguruskan kapal itu untuk menyedut beratus-ratus meter persegi pasir dan lumpur setiap jam di dasar laut. Ia kemudian diayak di atas kapal dan berlian mentah akan diproses sebelum dibawa ke daratan menggunakan helikopter.

Bagaimanapun, saintis dan aktivis alam sekitar mengingatkan supaya syarikat berkenaan berhati-hati dalam proses tersebut kerana kesan daripada pengambilan berlian itu amat berisiko tinggi.

De Beers juga memberitahu bahawa pihaknya akan berhati-hati melakukan kerja perlombongan dengan menjaga alam sekitar.

Menurut laporan, perairan Greenland barat daya merupakan salah satu kawasan di mana tertumpunya kehidupan laut paling banyak di negara itu dan proses pencarian berlian perlu dilakukan jauh daripada kawasan penangkapan ikan.

Sehingga kini, Kementerian sumber mineral Greenland masih tidak memberikan sebarang komen mengenai pencarian itu.

Wilayah semi-autonomi Kerajaan Denmark, Greenland dikatakan bergantung sepenuhnya kepada penangkapan ikan dan peruntukan tahunan kerajaan Denmark.

Sebelum ini, Pulau Arktik dikenal pasti hanya memiliki dua lombong kecil walaupun ianya luas dan kaya dengan sumber mineral.

Industri perlombongan itu didominasi oleh syarikat peneroka kecil, walaupun pada masa itu Anglo American sudah memperoleh lesen besar eksplorasi dari pada tahun 2018 hingga 2019. – Reuters

Berita berkaitan
Permata gergasi Fortune Pink bernilai RM161 juta dilelong November
September 27, 2022· Dunia
Rosmah tarik balik tuntutan gelang berlian, Najib kekal tuntut 7 jam
June 8, 2022· Isu semasa
Rosmah nafi miliki kalung berlian merah jambu AS$23 juta
March 25, 2022· Isu semasa
Juri Mahkamah Persekutuan AS lihat resit Rosmah beli berlian AS$23 juta
March 24, 2022· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok