Data FB bocor lagi, 11.67 juta pengguna Malaysia jadi sasaran

April 5, 2021 · Dunia

Seorang pengguna pada forum penggodaman tahap rendah menyiarkan nombor telefon dan data peribadi ratusan juta pengguna Facebook di dalam talian, kelmarin.

11,675,894 pengguna Facebook di Malaysia turut menjadi sasaran penggodam.

Data yang didedahkan itu merangkumi maklumat peribadi lebih 533 juta pengguna Facebook dari 106 negara, termasuk lebih 32 juta rekod pengguna di Amerika Syarikat (AS), 11 juta di United Kingdom (UK), dan enam juta pengguna di India.

Data itu termasuk nombor telefon, ID Facebook, nama penuh, lokasi, tarikh lahir, bios, dan – dalam beberapa kes – terdapat juga alamat e-mel.

Media yang mengkaji contoh data yang bocor itu mengesahkan beberapa rekod dengan memadankannya dengan nombor telefon pengguna Facebook.

Lebih 533 juta data pengguna Facebook dibocorkan Sabtu lalu.

Mereka juga mengesahkan rekod dengan menguji alamat e-mel yang diambil daripada data yang bocor itu, termasuk kata laluan Facebook pengguna.

Walaupun mengambil masa beberapa tahun, data yang dibocorkan dapat memberikan maklumat berharga kepada penjenayah siber yang menggunakan maklumat peribadi orang untuk menyamar atau menipu, kata firma perisik jenayah siber Hudson Rock, yang pertama kali menemui keseluruhan data bocor dalam talian pada Sabtu.

“Pangkalan data yang mengandungi maklumat peribadi seperti nombor telefon pengguna Facebook tentu akan menyebabkan pelaku jahat memanfaatkan data untuk melakukan serangan atau percubaan penggodaman,” kata firma itu.

Sementara data pengguna Facebook yang bocor sebelum ini hanya dikongsi dengan mana-mana pihak yang membuat bayaran, 533 juta rekod terbaharu yang dibocorkan kali ini diberi secara percuma.

Ini bukan kali pertama sebilangan besar nombor telefon pengguna Facebook didapati terdedah dalam talian, kerana ia pernah berlaku pada 2019 lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Ditipu pelaburan tak wujud, juruaudit rugi RM1.48 juta
October 12, 2023· Isu semasa
Status FB Mahfuz jadi bahan orang ramai selepas kalah sekali lagi
August 21, 2023· Politik
Kes penceramah pro-PH hina Sultan Selangor, mahkamah tolak permohonan Wan Ji
August 14, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok