Daripada penembak tepat Taliban kepada datuk bandar Afghanistan

February 15, 2022 · Dunia

Bersiar-siar di bandar Maymana, ibu negeri bagi wilayah Faryab di barat laut Afghanistan, datuk bandar baharu dilihat memberi inspirasi kepada orang ramai yang sudah keletihan terbabit dalam perang berpanjangan di negara itu.

Tetapi Damullah Mohibullah Mowaffaq mempunyai reputasi sebagai salah seorang penembak tepat terkenal dalam barisan pejuang Taliban, sehingga pada musim panas lalu beliau terus melancarkan perang untuk menguasai Afghanistan.

Mowaffaq dilantik sebagai datuk bandar Maymana ada November, tiga bulan setelah Taliban merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang disokong Barat.

Beliau menjadi terkenal sebagai seorang pejuang, tetapi kini jadualnya padat dengan tugas harian kerajaan tempatan – membuka sekatan pembetung, merancang pembinaan dan pembaikan jalan raya serta meredakan ketegangan dalam kalangan kejiranan.

Perubahan perwatakan dan perjuangannya mencerminkan transformasi yang lebih luas yang sedang dialami Taliban, ketika pemberontak bergelut untuk mentadbir sendiri beberapa wilayah di negara itu.

“Ketika saya berjuang, objektif saya sangat spesifik – untuk menamatkan pendudukan asing, diskriminasi dan ketidakadilan,” kata lelaki berusia 25 tahun itu kepada AFP.

“Kini matlamat saya juga jelas – untuk memerangi rasuah dan menjadikan negara ini makmur,” katanya lagi, sambil berbual dengan pekerja perbandaran membersihkan longkang di tepi jalan.

Senarai tugas dan tanggungjawabnya semakin bertambah setelah penduduk di bandar dengan 100,000 populasi itu memberikan pelbagai cadangan penambahbaikan.

“Datuk bandar baharu itu muda, berpendidikan tinggi dan, yang paling penting, dari bandar,” kata timbalannya yang bukan anggota Taliban, Sayed Ahmad Shah Gheyasi.

“Dia tahu bagaimana untuk berurusan dengan orang.”

Tidak seperti individu susah lain, Mowaffaq berasal daripada keluarga peniaga yang kaya dan dibesarkan di Maymana, di mana beliau cemerlang di sekolah dan dalam sukan.

Kenangan semasa mudanya menghiasi pejabatnya termasuk sijil pertandingan seni mempertahankan diri serta diploma.

Selepas menyertai pemberontakan pada usia 19 tahun, beliau dinaikkan pangkat untuk memerintah sebuah unit kecil yang ditempatkan di wilayah Faryab.

Sesetengah pihak menyifatkan beliau sebagai salah seorang penembak tepat Taliban yang paling berbakat, walaupun dia kelihatan enggan untuk menceritakan kisah perang.

Mowaffaq memantau pekerja bandaran ketika mereka membersihkan jalan di Maymana, ibu kota wilayah Faryab barat laut Afghanistan. Gambar AFP

Tetapi semasa berjalan-jalan dengan wartawan AFP dia berhenti seketika di hadapan sebuah rumah yang penuh kesan peluru berhampiran kampung Doraye Khoija Qoshre, di mana unitnya pernah berkuasa.

“Dia membunuh seorang askar Amerika dengan senapangnya dari rumah ini, kemudian sebuah pesawat datang dan mengebomnya,” kata Saifaddin, seorang petani tempatan.

Walaupun tidak dapat disahkan Mowaffaq bertanggungjawab, pada pertengahan 2019 Amerika Syarikat mengumumkan seorang anggota pasukan khas mereka telah terbunuh dalam pertempuran di Faryab.

Setahun sebelumnya, Rangkaian Penganalisis Afghanistan berkata Maymana “secara praktikal berada di bawah pengepungan” kerana “kehadiran Taliban yang sangat meluas.”

Mowaffaq menyaksikan beberapa rakan seperjuangan terbunuh dalam pertempuran tetapi tetap mengelak daripada menyentuh mengenai kengerian yang dilakukan dan dialaminya.

“Saya mengalami masa naik dan turun,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia menuduh Taliban melakukan pencabulan hak asasi manusia yang teruk sejak mereka merampas kuasa pada Ogos tahun lalu.

Kematian lebih 100 bekas kerajaan atau pasukan keselamatan telah dipersalahkan kepada pemerintah baharu negara itu, manakala aktivis wanita ditahan dan wartawan dipukul kerana membuat liputan protes mereka.

Di seluruh Afghanistan, golongan Islamis kerap mengusir wanita dari kawasan awam, menghalang gadis daripada mendapat pendidikan dan sebahagian besarnya menghalang jantina yang berlainan di tempat kerja.

Tetapi di pejabat Mowaffaq, kakitangan wanita dibenarkan terus bekerja, dan taman awam di bandar itu dikhaskan untuk mereka. Di bawah rejim Taliban yang pertama dari 1996 hingga 2001, burqa yang meliputi wajah diwajibkan kepada wanita, tetapi dalam pemerintahan sekarang tindakan itu tidak lagi dikuatkuasakan.

“Di pejabat Datuk Bandar Maymana, tiada siapa yang memberitahu kami cara berpakaian,” kata Qahera, pengarah sumber manusia berusia 26 tahun, yang memakai tudung selaras dengan keperluan pakaian semasa. – AFP

Berita berkaitan
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023· Dunia
Tiada diskaun cukai taksiran hartanah di KL tahun ini: DBKL
January 9, 2023· Isu semasa
Putera Harry mengaku bunuh 25 pejuang Taliban ketika operasi
January 6, 2023· Dunia
Menteri Pendidikan PH-BN disuruh jaga negara, bukan main isu Taliban
December 24, 2022· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok