Daripada 56,000 kes sehari pada 15 Julai kepada 7,427 kes semalam

August 30, 2021 · Dunia

Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, jumlah jangkitan harian Covid-19 di Indonesia dikatakan turun mendadak daripada lebih 56,000 kes sehari ketika kemuncak penularan wabak itu pada 15 Julai lalu, kepada angka di bawah 10,000 kes semalam.

Data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI) semalam menunjukkan kes baharu di negara keempat paling padat penduduk di dunia itu hanya merekodkan 7,427 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam – paling rendah sejak 9 Jun lalu – menjadikan kumulatif sebanyak 4,073,831 kes.

Walaupun jumlah kes baharu berkurangan ketika hujung minggu susulan kurangnya ujian saringan dilakukan, namun ia menunjukkan penurunan mendadak hari demi hari.

Pemerintah Republik Indonesia mendakwa negara itu telah melepasi kemuncak gelombang kedua yang didorong penularan varian Delta.

Mengikut data KKRI, dalam tempoh 24 jam semalam sebanyak 551 pesakit Covid-19 meninggal dunia – jumlah terendah sejak 4 Julai – menjadikan kumulatif kematian kepada 131,923 kes.

Jumlah kes aktif pula sebanyak 217,590 kes, menghampiri tahap pra-varian Delta.

Negara itu melaporkan lebih 61.6 juta penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala 34.9 juta daripada lebih 276.8 juta penduduknya telah melengkapkan dos kedua.

Pemerintah Indonesia menjangkakan tahap vaksinasi akan dipertingkatkan menjelang September, apabila bakal menerima 80.7 juta dos vaksin yang dibeli dan disumbangkan negara luar.

Sebilangan besar daripadanya akan tiba dari pengeluar vaksin Sinovac Biotech China, sama ada CoronaVac atau versi Indonesia yang dijenamakan semula sebagai vaksin Biovac – yang dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal milik kerajaan Bio Farma di bawah lesen dari Sinovac.

Negara itu akan memperoleh 25 juta dos vaksin CoronaVac dan 23.3 juta Biovac bulan depan, kata Menteri Kesihatan, Budi Gunadi Sadikin.

“Juga bulan depan Indonesia akan menerima 7.1 juta dos vaksin Pfizer, dan 5.4 juta dos AstraZeneca yang dibeli oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, COVAX pula meluluskan penghantaran 19.4 juta dos vaksin, manakala 500,000 dos lagi disumbangkan beberapa negara menjadikan keeluruhannya yang akan diterima sebanyak 80.7 juta dos bulan depan. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
9 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok