Daripada 141,370 kes kepada lebih 3.8 juta kes dalam masa 12 bulan

August 18, 2021 · Dunia

Hanya dalam tempoh setahun sahaja Indonesia melaporkan jumlah kumulatif jangkitan positif Covid-19 meningkat 27 kali ganda, sekali gus menjadikan negara itu sebagai titik panas penularan virus berkenaan di Asia.

Menurut bekas Pengarah Penyakit Berjangkit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Asia Tenggara, Profesor Tjandra Yoga Aditama berkata jumlah itu diperoleh menerusi kajian dan perbandingan yang dilakukan sejak penularan Covid-19 di Indonesia sejak tahun lalu.

“Terdapat peningkatan kes yang begitu ketara berbanding dua tahun tersebut,” katanya.

Menurutnya, sebanyak 141,370 kes direkodkan pada 17 Ogos 2020 dengan peningkatan tertinggi kes harian hanya 1,821.

“Namun, dalam tempoh setahun sehingga 17 Ogos 2021, data Kementerian Kesihatan Indonesia telah merekodkan lonjakan yang tinggi iaitu 3,803,479 kes kumulatif.

“Jumlah kes kumulatif sekarang, 27 ganda kali lebih tinggi dengan tambahan kes jangkitan harian baharu sebanyak 20,741 kes ke atas,” katanya.

Profesor Tjandra berkata kadar kematian melibatkan jangkitan Covid-19 turut berada pada tahap yang membimbangkan.

“Jumlah itu terus menunjukkan peningkatan yang mendadak,” kata Profesor Pulmonologi dan Perubatan Universiti Indonesia itu.

Sepanjang tahun ini sahaja katanya, terdapat 120,013 kes kematian yang dilaporkan melibatkan jangkitan Covid-19 dan ini menunjukkan hampir 20 kali ganda lebih tinggi berbanding kes pada tahun lalu.

Sementara itu, data Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (KKRI) menunjukkan Indonesia merekodkan 20,741 jangkitan baharu hari ini menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 3,892,479 kes.

Sementara 1,180 pesakit Covid-19 meninggal dunia dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi menjadikan kumulatif kematian kepada 120,013 kes.

Isnin lalu, Kerajaan Indonesia telah mengetatkan lagi perlaksanaan sekatan penutupan (PPKM) Tahap 4 membabitkan aktiviti masyarakat di Pulau Jawa dan Bali sehingga 23 Ogos ini.

Sejak 3 Julai lalu, sekatan penutupan telah dilakukan di Jawa dan Bali untuk mencegah penyebaran varian Delta yang mudah menular itu.

Perlaksanaan sekatan terhadap aktiviti masyarakat tersebut akan melibatkan pusat beli-belah di 21 bandar di Pulau Jawa yang dibenarkan beroperasi hanya dari pukul 10 pagi sehingga 8 malam, dengan kapasiti 50 peratus pengunjung.

Hanya mereka yang berumur 12 tahun ke atas dan sudah menerima vaksin dibenarkan berkunjung ke pusat beli-belah tersebut.

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Republik itu melaporkan terdapat sekurang-kurangnya 29.15 juta daripada populasi rakyatnya yang telah menerima vaksin sepenuhnya, manakala 54.98 juta yang lain telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. – Agensi

Berita berkaitan
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022· Dunia
Gempa bumi di Indonesia dirasai penduduk sekitar Lembah Klang
October 1, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
October 6, 2022
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
October 6, 2022
Taikun India orang kedua terkaya di dunia, atasi pengasas Amazon
September 17, 2022
Thailand kembali kepada normal
October 1, 2022
Lagi Dunia terkini
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
13 jam lalu · Dunia
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
15 jam lalu · Dunia
Ketua Pengarah Penjara Kashmir dibunuh kumpulan pemisah
October 4, 2022 · Dunia
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022 · Dunia
129 maut pergaduhan bola sepak di Indonesia, ratusan cedera
October 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
14 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok