CVR kotak hitam pesawat Sriwijaya Air ditemui

March 31, 2021 · Dunia

Setelah kira-kira dua bulan pencarian, akhirnya pihak berkuasa Indonesia menemui ‘Cockpit Voice Recorder’, salah satu komponen dalam kotak hitam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas pada 9 Januari lalu.

Pada sidang media hari ini, Menteri Perhubungan Indonesia, Budi Karya Sumadi berkata, CVR itu ditemui di dasar laut di Pulau Laki, di perairan Kepulauan Seribu, lokasi pesawat itu terhempas.

“Pasukan pencari daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan Indonesia (Basarnas) dan tentera Indonesia menemukan CVR pada jam 8.05 malam tadi.

“Penemuan ini akan dapat melengkapkan lagi proses siasatan nahas berkenaan,” katanya di Jakarta.

Sebaik sahaja Penerbangan pesawat Boeing 737-500 Sriwijaya Air yang membawa 62 penumpang termasuk 12 anak kapal dari Jakarta ke Pontianak itu berlepas, ia terputus hubungan dengan menara kawalan dan akhirnya menjunam ke laut.

Menurut Budi Karya, setakat ini seramai 59 daripada 62 mangsa yang terkorban telah dikenal pasti menerusi hasil ujian DNA, ‘antermortem’ dan ‘postmortem’, pada cebisan mayat.

Punca nahas masih disiasat. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Ibrahim di ceramah PRK Tioman
2 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Peja di ceramah PRK Tioman
3 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok