Covid-91: Banyak syarikat penerbangan gantung operasi di Thailand

July 29, 2021 · Dunia

Thai AirAsia melanjutkan lagi tempoh penangguhan penerbangan domestiknya selama lebih daripada seminggu lagi, ketika Thailand giat memerangi gelombang pandemik Covid-19 terburuk yang pernah berlaku sekarang.

Penggantungan sekarang akan disambung hingga 8 Ogos, bukannya 31 Julai seperti yang dinyatakan sebelumnya, kata Kumpulan AirAsia Thailand hari ini.

“Kami akan terus memantau situasi jangkitan Covid-19 dan bersedia menyambung semula operasi penerbangan secepat mungkin,” kata kenyataan AirAsia Thailand.

Syarikat penerbangan tambang murah Nok Air juga mengumumkan penangguhan sebahagian operasi kerana bermula 1 Ogos ini.

Nok Air sedang menjalani proses pemulihan perniagaan bagaimanapun tidak memaklumkan apa yang dimaksukkannya sebahagian operasi, kecuali mengatakan mereka mematuhi pemulihan dan berharap agar keadaan akan kembali seperti sedia kala tidak lama lagi.

Sebelum ini, pada 21 Julai lalu, Kerajaan Thailand mewajibkan semua syarikat penerbangan untuk menghentikan sementara penerbangan komersial ke atau dari zon merah Covid-19, kerana ia merupakan wilayah yang dikategorikan sebagai kawasan yang mempunyai risiko jangkitan tertinggi.

Ibu kota Bangkok dan wilayah sekitarnya telah dikenal pasti sebagai zon merah gelap.

Sejak pengumuman itu, Thai Smile iaitu unit serantau syarikat penerbangan Thai Airways juga telah mengumumkan untuk menangguhkan semua penerbangan domestik berkuat kuasa sehingga 3 Ogos ini.

Thai Airways juga telah menghentikan beberapa penerbangan domestik sehingga bulan September ini.

Semalam, Thailand melaporkan sebanyak 16,000 kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah kes Covid-19 di negara itu melebihi 540,000.

Thailand juga telah melakukan persediaan awal bagi mengatasi gelombang jangkitan yang semakin memuncak ini dengan menyiapkan sebuah hospital yang diubahsuai dari sebuah gudang kargo di Lapangan Terbang Don Mueang, Bangkok untuk menempatkan hampir 1,800 katil bagi pesakit yang mengalami gejala ringan.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok