Covid-19: Wanita hamil berdepan pelbagai komplikasi

October 17, 2021 · Dunia

Wanita hamil ketika wabak Covid-19 berkemungkinan menghadapi komplikasi seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan tumbesaran kandungan yang lemah, lapor agensi berita United Press International memetik kajian dikeluarkan oleh JAMA Network Open dalam jurnal kesihatan.

Kajian mendapati seorang individu hamil lebih berpotensi menghidap diabetes, dengan 12 peratus direkodkan pada tahun ini berbanding tahun 2019, dan hampir tujuh peratus lebih tinggi berkemungkinan diserang darah tinggi.

Bagaimanapun, angka kelahiran bayi pramatang dan bayi yang meninggal dunia semasa dalam kandungan pada tahun lalu adalah hampir sama dengan kelahiran sebelum wabak pandemik.

“Terdapat bukti sederhana berkaitan risiko kelahiran bayi pramatang, tetapi ianya rendah, selari dengan hasil kajian sedia ada,” kata pakar penyelidik.

Manakala, menurut satu lagi kajian yang dikeluarkan awal bulan lalu semasa mesyuarat tahunan Persatuan Anestesiologi Amerika Syarikat (AS), wanita hamil yang dijangkiti Covid-19 dengan bergejala, lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat komplikasi kritikal sehingga memerlukan kelahiran secara kecemasan melalui pembedahan.

Kajian itu turut membongkarkan biarpun ianya jarang terjadi, tetapi wanita mengandung yang dijangkiti virus tersebut adalah 15 kali ganda lebih berisiko untuk meninggal dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok