Covid-19: Varian Omicron bunyikan ‘penggera global’

November 27, 2021 · Dunia

Penemuan varian baharu Covid-19 ‘Omicron’ mencetuskan penggera global pada Jumaat apabila banyak negara mula menyekat dan menggantung perjalanan dari Afrika Selatan, sementara pasaran saham utama dunia mengalami kejatuhan terbesar dalam tempoh lebih setahun.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata Omicron mungkin merebak lebih pantas daripada varian lain, dan bukti awal mencadangkan terdapat peningkatan risiko jangkitan semula.

Pakar epidemiologi memberi amaran sekatan perjalanan mungkin sudah terlambat untuk menghentikan Omicron daripada menular di seluruh dunia.
Mutasi baharu itu pertama kali ditemukan di Afrika Selatan dan sejak itu dikesan di Belgium, Botswana, Israel dan Hong Kong.

Menurut laporan, varian Omicron mempunyai 32 mutasi spike protein iaitu dua kali ganda lebih banyak daripada varian Delta. Sehingga kini belum ada maklumat lanjut bagi tempoh inkubasi, gejala dan kadar kebolehjangkitan bagi varian berkenaan.

Amerika Syarikat (AS) akan menyekat perjalanan ke Afrika Selatan dan negara jiran berkuat kuasa Isnin. Malaysia turut mengambil tindakan sama menghalang rakyatnya daripada berkunjung ke tujuh negara Afrika mulai hari ini.

Kanada pula telah menutup sempadannya ke negara-negara tersebut, berikutan larangan penerbangan yang diumumkan oleh Britain, Kesatuan Eropah (EU) dan lain-lain.

Beberapa negara termasuk India, Jepun, Israel, Turki, Switzerland dan Emiriah Arab Bersatu juga mengetatkan sekatan perjalanan.

Tetapi ia mungkin mengambil masa beberapa minggu untuk saintis memahami sepenuhnya mutasi varian dan sama ada vaksin dan rawatan sedia ada berkesan terhadapnya. Omicron ialah ‘varian of concern’ (VOC) yang kelima yang ditetapkan oleh WHO.

Varian itu mempunyai spike protein yang secara dramatik berbeza daripada yang terdapat dalam varian asal Covid-19, kata Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK), meningkatkan kebimbangan tentang bagaimana vaksin semasa akan berkesan.

Pakar Virologi di Universiti Warwick, Britain, Lawrence Young berkata varian baharu virus Covid-19 ini sangat membimbangkan dan ia adalah versi virus yang paling banyak bermutasi yang pernah disaksikan setakat ini.

“Beberapa mutasi yang serupa dengan perubahan yang kita lihat dalam VOC lain dikaitkan dengan kebolehjangkitan yang meningkat dan dengan rintangan separa terhadap imuniti yang disebabkan oleh vaksinasi atau jangkitan semula jadi,” katanya.

Kebimbangan berhubung penularan varian Omicorn turut melanda pasaran kewangan, terutamanya saham syarikat penerbangan dan lain-lain dalam sektor pelancongan, dan minyak, yang jatuh kira-kira AS$10 setong.

Indeks Industri Dow Jones ditutup rendah 2.5 peratus, terburuk sejak akhir Oktober 2020, manakala pasaran saham Eropah merekodkan hari terburuk dalam tempoh 17 bulan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok