Covid-19: UK catat kematian terkumpul lebih 150,000 kes

January 9, 2022 · Dunia

Angka kematian rasmi United Kingdom (UK) akibat pandemik Covid-19 meningkat melebihi 150,000 individu pada Sabtu, susulan lonjakan kes yang disebabkan oleh varian Omicron.

Kira-kira 313 kematian dalam tempoh 28 hari selepas ujian positif Covid-19 dilaporkan pada Sabtu, menjadikan kumulatif kematian sejak awal pandemik kepada 150,057 kes

“Covid-19 telah membawa kesan buruk kepada negara kita dan hari ini jumlah kematian yang direkodkan telah mencecah 150,000,” kata Perdana Menteri Boris Johnson dalam satu kenyataan.

“Cara kita untuk keluar daripada wabak ini adalah semua orang mendapatkan suntikan penggalak atau dos pertama atau kedua jika mereka belum melakukannya.”

Britain menyaksikan lonjakan kes yang dikaitkan dengan varian Omicron dalam beberapa minggu kebelakangan ini, walaupun kadar kematian lebih rendah berbanding semasa gelombang jangkitan sebelumnya.

Kerajaan UK memberi tumpuan untuk memperluaskan pemberian dos penggalak – yang telah menjangkau lebih daripada 60 peratus penduduknya – dan bukannya mengambil langkah penutupan atau ‘lockdown’ sebagaimana dilakukan pada awal pandemik.

Kira-kira 1.227 juta individu diuji positif Covid-19 sepanjang tujuh hari lalu, 11 peratus lebih tinggi daripada minggu sebelumnya, manakala jumlah kematian mingguan meningkat 38 peratus pada minggu sebelumnya pada 1,271.

Terdapat tanda-tanda jumlah kes baharu mungkin memuncak, dengan 146,390 kes baharu dilaporkan pada Sabtu, turun daripada rekod 218,724 yang dicatat pada 4 Januari.

Jumlah kematian terkumpul akibat Covid-19 di UK adalah yang kedua tertinggi di Eropah, di belakang Russia.

Tetapi Amerika Syarikat, Itali, Belgium dan beberapa negara di Eropah timur mempunyai kadar kematian yang lebih tinggi.

Kadar kematian Britain adalah tujuh peratus lebih tinggi daripada purata Kesatuan Eropah, menurut angka yang dikumpulkan oleh Our World in Data. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok