Covid-19: UAE gantung penerbangan dari India

April 23, 2021 · Dunia

Emiriah Arab Bersatu (UAE) menggantung semua penerbangan dari India, termasuk penumpang transit, berikutan peningkatan kes Covid-19 di India yang melepasi rekod global, berkuat kuasa 25 April.

Kira-kira 300 penerbangan seminggu beroperasi antara UAE dan India – menjadikannya salah satu koridor udara paling sibuk di dunia – sebelum penggantungan itu diumumkan.

“Keputusan menggantung penerbangan dibuat selepas kajian dan penilaian situasi pandemik Covid-19 di India,” kata Pihak Berkuasa Penerbangan UAE (GCAA).

GCCA berkata penerbangan yang datang dari India, walaupun melalui negara lain, mesti singgah di perhentian ketiga selama 14 hari.

Keputusan itu bagaimanapun tidak membabitkan penumpang jet persendirian.

Penerbangan kargo antara kedua-dua negara akan diteruskan setelah larangan itu, yang berkuat kuasa pada Ahad ini untuk jangka masa 10 hari, tetapi tempohnya boleh dilanjutkan.

“Keputusan itu juga dibuat sebagai langkah proaktif pencegahan seperti dicadangkan pihak berkuasa kesihatan bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19,” kata GCAA.

Terdapat kira-kira 3.3 juta pekerja India – tempat ketiga dari segi populasi penduduk UAE – kebanyakannya di Dubai.

Semalam, India mengumumkan hampir 315,000 penduduknya dijangkiti Covid-15 dalam tempoh 24 jam – jumlah tertinggi di dunia dalam sehari. – Agensi

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
July 4, 2022
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
July 4, 2022
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022
Lagi Dunia terkini
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
2 jam lalu · Dunia
Banjir: Puluhan ribu penduduk Sydney diarah pindah
3 jam lalu · Dunia
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
4 jam lalu · Dunia
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
12 jam lalu · Dunia
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok