Covid-19: Thailand rekod kes tertinggi jangkitan, kematian hari ini

August 4, 2021 · Dunia

Thailand hari ini mencatatkan jumlah jangkitan dan kematian harian tertinggi sejak Covid-19 melanda negara itu awal tahun lalu, apabila merekodkan 20,200 kes baharu dan 188 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Pasukan Petugas Khas Covid-19 Thailand berkata jangkitan baharu dan kes kematian itu menjadikan kumulatif kepada 672,385 kes dan 5,503 kematian.

Kes tertinggi jangkitan baharu dan kematian direkodkan pada Sabtu lalu membabitkan 18,912 kes dan 178 kematian.

Pada Ahad, kerajaan Thailand memperketatkan lagi langkah sekatan di ibu negara Bangkok dan beberapa wilayah ‘panas’ dengan mengenakan peraturan duduk di rumah dan keluar kecuali ada urusan penting, sehingga pertengahan bulan ini, dalam usaha mengurangkan penularan varian Delta dan Alpha.

Peraturan diperketat itu yang berkuat kuasa pada Selasa, termasuk mengenakan larangan perjalanan, penutupan pusat beli-belah dan perintah berkurung mulai jam 9 malam hingga 4 pagi di 29 wilayah yang dikategorikan sebagai ‘zon merah gelap’.

Peraturan itu dijangka dinilai semula pada 18 Ogos ini berdasarkan situasi semasa kes Covid-19.

Jurucakap Pasukan Khas Covid-19 Thailand, Apisamai Srirangsan berkata jika situasi tidak berubah dan masih membimbangkan, langkah sekatan itu akan disambung sehingga 31 Ogos.

Menurutnya jumlah jangkitan di wilayah lain sekarang ini lebih tinggi berbanding di Bangkok, dan memerlukan tindakan penguatkuasaan tegas untuk memperketatkan kawalan dan sekatan.

Bulan lalu, kerajaan negara itu meminta rakyat Thailand mematuhi peraturan yang ditetapkan sambil memberi amaran jangkitan baharu boleh melonjak kepada 30,000 kes sehari.

Tindakan sekatan dan larangan yang dikenakan itu turut menjejaskan sektor ekonomi Thailand, di mana Khamis lalu Kementerian Kewangan menurunkan ramalan pertumbuhan ekonomi 2021 daripada 2.3 peratus kepada 1.3 peratus.

Negara itu juga terlewat memulakan program pemberian vaksin kepada kira-kira 66 juta rakyatnya. Setakat ini 5.8 peratus daripada populasinya menerima vaksin sepenuhnya, sementara kira-kira 21 peratus menerima dos pertama. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok