Covid-19: Thailand rekod kes tertinggi 13,002 jangkitan semalam

July 21, 2021 · Dunia

Thailand semalam merekodkan kes baharu harian dalam tempoh 24 jam – yang tertinggi sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu tahun lalu – dengan mencatatkan 13,002 jangkitan.

Kes harian tertinggi sebelum ini ialah 11,784 yang direkodkan pada 19 Julai 2021.

Jangkitan baharu itu menjadikan kumulatif kes kepada 439,477. Thailand juga mencatatkan 108 kematian dan 8,248 pesakit sembuh, kata Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Kebangsaan hari ini.

Jumlah kes baharu itu membabitkan 11,953 jangkitan di dalam komuniti dan 1,049 melibatkan banduan penjara.

Sejak 1 April lalu, tatkala gelombang ketiga melanda negara itu, terdapat 410,614 pesakit Covid-19 dengan 277,030 telah sembuh.

Thailand juga merekodkan 7,126 kematian sejak pandemik itu bermula tahun lalu, dengan 3,516 pesakit meninggal dunia ketika gelombang ketiga.

Pandemik Covid-19 Thailand berpusat di Bangkok dan wilayah-wilayah sekitarnya, di mana jumlah jangkitan baharu kini meningkat ribuan kes setiap hari dengan puluhan kematian setiap 24 jam.

Kementerian Kesihatan Awam memberi amaran bahawa melainkan jika ada sekatan yang lebih ketat, jumlah kes harian lebih daripada 10,000 jangkitan baharu sekarang akan mencecah 100,000 dalam dua minggu akan datang.

Susulan itu, Kabinet Kerajaan Thailand melanjutkan lagi perintah darurat di negara itu bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, terutama varian Delta, yang semakin membimbangkan.

Jurucakap kerajaan, Traisulee Traisoranakul dalam kenyataan ringkas berkata kerajaan Thailand bersetuju melanjutkan darurat mulai 1 Ogos hingga 30 September setelah mendapat nasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC). – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok