Covid-19: Thailand rancang isytihar endemik pada Julai

March 13, 2022 · Dunia

Thailand akan menyertai beberapa negara lain, termasuk Malaysia, untuk mengisytiharkan Covid-19 sebagai penyakit endemik pertengahan tahun ini.

Covid-19 akan dikeluarkan daripada status wabak atau pandemik pada Julai, setelah lebih dua tahun Thailand dan dunia melalui suasana sukar sejak mula dikesan pada akhir 2019 di Wuhan, China.

“Jika semuanya berjalan mengikut perancangan,” umum Jawatankuasa Penyakit Berjangkit Kebangsaan semalam.

Status endemik itu termasuk memansuhkan keperluan ujian untuk semua pengembara dan memakai pelitup muka di kebanyakan persekitaran awam, kecuali individu yang positif dan kawasan yang dianggap “berisiko tinggi”, kata Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan Awam Thailand, Kiattiphum Wongrajit.

Menteri Kesihatan Anutin Charnvirakul berkata bagi mencapai matlamat itu, beberapa langkah akan dilaksanakan seperti pengurusan vaksinasi, rawatan perubatan untuk pesakit Covid-19, langkah saringan dan pemantauan serta sekatan perjalanan.

Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Opas Karnkawinpong, bagaimanapun berkata kematian berkaitan Covid-19 tidak boleh melebihi satu dalam 1,000 kes atau 0.1 peratus untuk membolehkan endemik diisytihar sepenuhnya.

Pada masa ini, kadar kematian masih melebihi ambang pada 0.19 peratus hingga 0.2 peratus, dengan kebanyakan kes melibatkan warga emas atau penghidap penyakit asas.

Sebelum memasuki fasa endemik, pegawai kesihatan akan melaksanakan pelan empat bulan dalam empat fasa, menurut seorang lagi pegawai kesihatan, Kiattiphum Vongrachit.

Mulai sekarang hingga April, tumpuan akan diberikan kepada mengurangkan jangkitan Covid-19 dan pesakit yang mengalami kes teruk. Dari April hingga Mei, kes Covid-19 di Thailand dijangka menurun secara beransur-ansur.

Dari akhir Mei hingga Jun, kes harian baharu mesti dihadkan hanya 1,000 hingga 2,000. Dan akhirnya, mulai Julai dan seterusnya, Thailand akan mengisytiharkan Covid-19 sebagai endemik.

Semalam Kementerian Kesihatan Thailand melaporkan sebanyak 24,592 jangkitan baharu Covid-19, dengan 52 daripadanya adalah pengembara asing.

Jumlah kematian juga meningkat kepada 68 kes, dengan 21,371 pesakit telah sembuh semalam.

Sejak awal 2020 lalu hingga semalam, Thailand mencatat kumulatif positif sebanyak 3,161,241 kes, kelima tertinggi dalam kalangan negara-negara ASEAN selepas Indonesia, Filipina, Malaysia dan Vietnam.

Daripada jumlah itu, seramai 2,911,447 pesakit telah sembuh, 226,151 masih dirawat di hospital dan 23,643 kes kematian dilaporkan. – Agensi

Berita berkaitan
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023· Dunia
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023· Dunia
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
14 jam lalu · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Singapura rekod suhu terpanas dalam tempoh 40 tahun
May 14, 2023 · Dunia
Penahanan Imran Khan tidak sah, kata Mahkamah Agung
May 12, 2023 · Dunia
Pakistan berdarah, internet disekat susulan protes jalanan
May 11, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
18 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok