Covid-19: Thailand lapor 17,970 kes baharu, 178 kematian

August 2, 2021 · Dunia

Thailand hari ini merekodkan 17,970 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, sementara kematian kekal pada 178 pesakit, sama seperti dilaporkan pada Ahad.

Kementerian Kesihatan Thailand juga memaklumkan daripada 633,284 kes kumulatif, 208,875 kes masih aktif, sementara 5,168 pesakit meninggal dunia.

Sementara itu kementerian berkenaan juga melaporkan 152,171 penduduk menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19, manakala 28,381 lagi menerima dos kedua, menjadikan keseluruhan pemberian suntikan sebanyak 17,866,526 dos, setakat hari ini.

Menurut Worldometer, sehingga jam 11 pagi tadi, jumlah kes yang disahkan di seluruh dunia meningkat kepada 199.01 juta, dengan 179.61 juta sudah sembuh dan 15.16 juga kes masih aktif, termasuk 90,488 dalam keadaan tenat, dan 4.24 pesakit meninggal dunia.

Sementara itu, Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Thailand hari ini turut melaporkan kes di beberapa wilayah meningkat hasil daripada penularan yang dibawa dari Bangkok dan Wilayah Metropolitan (BMR).

“Jumlah kes di BMR semakin turun, tetapi ia boleh meningkat semula… dan kes di wilayah lain pula melonjak,” kata jurucakap CCSA Dr Apisamai Srirangsan.

Katanya penduduk yang dijangkiti Covid-19 di Bangkok didapati telah melakukan perjalanan ke wilayah lain menyebabkan kes baharu meningkat di luar BMR. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Bekas isteri Trump meninggal dunia disyaki jatuh tangga
July 16, 2022
Lagi Dunia terkini
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
2 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
2 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
17 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok