Covid-19: Thailand lanjut darurat sehingga 30 September

July 21, 2021 · Dunia

Kabinet Kerajaan Thailand melanjutkan lagi perintah darurat di negara itu bagi memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19, terutama varian Delta, yang semakin membimbangkan.

Jurucakap kerajaan Traisulee Traisoranakul dalam kenyataan ringkas berkata kerajaan Thailand bersetuju melanjutkan darurat mulai 1 Ogos hingga 30 September setelah mendapat nasihat Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC).

“Lanjutan itu bermula 1 Ogos hingga 30 September, seperti yang dicadangkan oleh NSC. Majlis itu berfungsi sebagai unit operasi Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 kerajaan,” katanya.

Perlanjutan itu mengambil kira peningkatan kes Covid-19 sepanjang 1 April hingga 9 Julai lalu yang merekodkan sebanyak 288,643 kes, katanya.

Pandemik Covid-19 Thailand berpusat di Bangkok dan wilayah-wilayah sekitarnya, di mana jumlah jangkitan baharu kini meningkat ribuan kes setiap hari dengan puluhan kematian setiap 24 jam.

Pada Selasa, Bangkok mencatat 2,764 kes baharu dan 41 kematian. Greater Bangkok, yang merangkumi wilayah sekitarnya, mencatat 5,468 kes baharu.

Kementerian Kesihatan Awam memberi amaran bahawa melainkan jika ada sekatan yang lebih ketat, jumlah kes harian lebih daripada 10,000 jangkitan baharu sekarang akan mencecah 100,000 dalam dua minggu akan datang.

Ini akan menyebabkan sistem kesihatan awam ke tahap keruntuhan. Keadaan darurat membolehkan pihak berkuasa mengenakan tindakan khas untuk mengawal penyebaran Covid-19, kata kementerian itu.

Lebih daripada 90 peratus kes jangkitan dan kematian ketika gelombang kedua pada bulan April lalu disebabkan penularan varian Delta. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok