Covid-19 Thailand: Kes mula turun, tapi pelancongan terjejas teruk

August 9, 2021 · Dunia

Kementerian Kesihatan Awam Thailand melaporkan jangkitan baharu Covid-19 menunjukkan tanda-tanda penurunan dengan dalam tempoh 24 jam lalu, 19,603 kes dikesan berbanding lebih 20,000 kes sejak beberapa hari lalu.

Pada masa sama kementerian itu juga berkata 149 pesakit meninggal dunia menjadikan kumulatif kematian kepada 6,353 kes, manakala jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sejak awal tahun lalu meningkat kepada 776,108 kes.

Sejak beberapa minggu lalu, varian Delta menular dengan pantas di seluruh wilayah di Thailand, dengan 80 peratus daripada jangkitan baharu disebabkan varian yang mula-mula dikesan di India itu.

Ratusan ribu pesakit Covid-19 di seluruh negara itu kini menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing, selepas banyak hospital melaporkan kekurangan katil. Bagaimanapun, kerajaan Thailand dilaporkan membuka beberapa pusat kuarantin mega bagi menempatkan pesakit Covid-19.

Kerajaan Jeneral Prayut Chan-o-cha sebelum ini melanjutkan lagi perintah sekatan dan penutupan sehingga 18 Ogos ini dengan memperketatkan beberapa peraturan di Bangkok dan 29 wilayah yang kini dikategorikan sebagai ‘zon merah hitam’ berbanding 13 wilayah sebelum ini.

Antara peraturan yang diperketat termasuk larangan perjalanan kecuali untuk penghantaran bahan mentah dan barangan keperluan, arahan duduk di rumah, dan penutupan pusat beli-belah, selain perintah berkurung mulai jam 9 malam hingga 4 pagi.

Sama seperti negara-negara lain, perintah kawalan itu menyebabkan ekonomi negara berkenaan terjejas teruk.

Bank of Thailand (BoT) menurunkan lagi unjuran pertumbuhan ekonomi negara itu tahun ini kepada 0.7 peratus, tatkala gelombang ketiga wabak Covid-19 memberi kesan yang lebih teruk.

Manakala Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT) pula menurunkan unjuran perolehan sektor pelancongan kepada 625 bilion bath tahun ini, turun 23 peratus berbanding pada tahun 2020.

Ketidaktentuan pandemik Covid-19 turut menyebabkan TAT menyediakan tiga senario sasaran sektor pelancongannya untuk tahun 2022.

Untuk senario terburuk, TAT meramalkan 10 juta pelawat antarabangsa tahun depan dan 122 juta perjalanan domestik, menghasilkan sejumlah 1.3 trilion baht – penurunan mendadak sebanyak 56 peratus berbanding nilai pasaran pada tahun 2019.

TAT mengatakan salah satu faktor utama bagi memulihkan sektor pelancongan adalah dasar pergerakan, terutama kuarantin wajib bagi pelancong apabila pulang.

Selain beban kes akibat penularan varian Delta yang melonjakkan semula jumlah jangkitan dan kematian di banyak negara lain, kadar pemberian vaksin memainkan peranan, namun sektor pelancongan global masih bergerak perlahan.

Pertubuhan Pelancongan Sedunia (WTO) yang melakukan kajian di kalangan pakar industri pelancongan membuat jangkaan sektor pelancongan hanya akan pulih sebanyak 24 peratus pada 2024 atau lebih lewat.

Walaupun Thailand cuba membuka semula sektor pelancongannya, termasuk memperkenalkan ‘pakej Sandbox’ sebagaimana dilaksanakan di Phuket, namun hanya sebilangan kecil pelancong yang melawat negara itu kerana kegagalan mengawal penularan Covid-19.

Sektor pelancongan di Thailand mungkin tidak stabil selama dua tahun, sekali gus meninggalkan cabaran besar bagi sektor lain untuk kembali pulih. – Agenda Daily/Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022
Kes cacar monyet di AS cecah lebih 10,000
August 11, 2022
Bekas isteri Trump meninggal dunia disyaki jatuh tangga
July 16, 2022
Lagi Dunia terkini
41 maut, 45 cedera gereja terbakar
2 jam lalu · Dunia
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
2 jam lalu · Dunia
Salman Rushdie ditikam 10 kali
16 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok