Covid-19: Thailand catat kematian tertinggi

July 11, 2021 · Dunia

Thailand hari ini merekodkan jumlah kematian tertinggi akibat Covid-19 iaitu sebanyak 91 kes, sementara jangkitan baharu pula 9,326 kes.

Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 Thailand (CCSA) berkata jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sejak wabak berkenaan dikesan di seluruh negara itu meningkat kepada 2,625 kes.

“Sehingga kini, lebih 326,832 kes jangkitan dan 2,625 kes melibatkan kematian telah direkodkan sejak wabak Covid-19 ini mula melanda Thailand pada Januari tahun lalu,” kata CCSA.

CCSA memaklumkan kes baharu yang dilaporkan hari ini merangkumi 9,307 jangkitan tempatan dan 19 kes import. Manakala sebanyak 2,548 kes adalah melalui pengesanan kes aktif.

CCSA dalam kenyataannya berkata Bangkok menjadi pusat pandemik apabila mencatatkan 3,191 kes jangkitan baharu dan 51 kematian.

“Daripada jumlah korban 47 daripadanya adalah lelaki dan 44 wanita yang berusia antara 26 hingga 98 tahun,” katanya.

Sementara itu bermula hari ini, pihak berkuasa Thailand telah mewujudkan pusat pemeriksaan khas di Bangkok dan sembilan lagi di wilayah lain untuk meminimumkan pergerakan orang ramai.

Thailand akan melaksanakan langkah pencegahan lebih ketat bermula 12 Julai ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok