Covid-19: Setengah juta kes dalam 24 jam

November 17, 2021 · Dunia

Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia hari ini melepasi 254.2 juta kes berikutan penambahan lebih 500,000 kes baharu yang dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut data Johns Hopkins, Amerika Syarikat (AS) masih kekal di tempat pertama sebagai negara paling terjejas kerana jangkitan Covid-19 dengan melebihi 47 juta kes, diikuti India dengan 34 juta kes dan Brazil dengan hampir 22 juta kes.

Manakala bagi negara Asia Tenggara, Indonesia masih mendominasi tangga tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.2 juta kes, diikuti dengan Filipina dengan hampir 2.8 juta kes dan Malaysia di tangga ketiga dengan hampir 2.6 juta kes.

Sementara itu, angka korban akibat Covid-19 di seluruh dunia juga turut meningkat melebihi 5.1 juta kes.

Berdasarkan data Johns Hopkins, AS masih kekal merekodkan angka kematian tertinggi melebihi 765,000 kes, diikuti Brazil dengan 611,346 kes dan India dengan 463,852 kes.

Bagi negara Asia Tenggara, Indonesia masih mendominasi tangga pertama kes kematian dengan lebih 143,685 kes, diikuti Filipina dengan 45,808 kes dan Malaysia di tangga ketiga dengan 29,729 kes dan Thailand dengan 20,143 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok