Covid-19: Seluruh New South Wales kena ‘lockdown’ mulai hari ini

August 14, 2021 · Dunia

Australia menambah jumlah anggota tenteranya bagi membantu menguatkuasakan perintah sekatan lebih ketat di Sydney mulai minggu depan, tatkala seluruh negeri New South Wales bersiap sedia untuk diletakkan di bawah penutupan atau ‘lockdown’.

Langkah itu diambil dalam usaha Australia berusaha melawan jangkitan varian Delta yang menular lebih pantas.

Hari ini New South Wales melaporkan 466 jangkitan baharu, rekod tertinggi setakat ini, menjadikan keseluruhan kes sepanjang tahun ini sebanyak 12,903 jangkitan.

Ketua Menteri New South Wales Gladys Berejiklian ketika mengulas jumlah jangkitan hari ini menyifatkannya sebagai ‘hari paling terkesan’ akibat pandemik sambil menambah bahawa negeri itu telah berusaha pelbagai cara untuk mengekang wabak Covid-19.

“Ini perang sebenarnya,” kata Berejiklian pada sidang media selepas Timbalan Ketua Menteri mengumumkan New South Wales akan diletakkan di bawah ‘lockdown’ bermula jam 5 petang Sabtu.

Perintah duduk di rumah akan dikuatkuasakan di seluruh negeri paling padat penduduk di Australia. Orang ramai akan hanya dibenar keluar untuk membeli barangan keperluan, mendapatkan rawatan kesihatan, dan pelajar pula akan belajar secara dalam talian.

Sydney, ibu negeri New South Wales, sudah diletakkan di bawah perintah ‘lockdown’ sejak kira-kira tujuh minggu sekarang ini dan ianya dilihat bakal disambung lagi. Perintah itu bakal tamat pada 29 Ogos tetapi kerajaan negeri membayangkan sekatan akan diteruskan sepanjang September.

Jabatan Pertahanan Australia berkata mereka menerima permohonan tambahan anggota bagi membantu polis menguatkuasakan perintah tinggal di rumah di seluruh Sydney – bandar raya paling teruk terjejas akibat Covid-19 di negara itu.

Setakat ini lebih 500 anggota tentera telah ditempatkan bagi membantu pihak berkuasa melaksanakan perintah sekatan di bandar raya yang dihuni kira-kira lima juta penduduk. Sebagai tambahan 200 anggota lagi akan mula bertugas mulai Isnin.

Mereka akan mengambil bahagian dalam ‘Operasi Duduk di Rumah’ yang akan dilancarkan Isnin ini di mana penduduk hanya dibenar keluar dalam jarak lima kilometer dari rumah mereka, kata Berejiklian hari ini.

Denda kerana tidak mematuhi arahan itu juga ditingkatkan, termasuk kira-kira AS$3,680 jika melanggar perintah kuarantin di rumah atau memberikan maklumat palsu mengenai permit bergerak.

Denda bagi berhimpun melebihi dua individu dan melakukan perjalanan merentas negeri juga ditingkatkan kepada AS$2,200.

Australia juga mengenakan perintah ‘lockdown’ di beberapa bandar raya lain dengan membabitkan sekurang-kurangnya 10 juta penduduk atau 40 peratus daripada populasi negara itu. – Agensi

Berita berkaitan
Lokman Adam bebas tuduhan sebar berita palsu berkait Covid-19, vaksin
June 23, 2023· Isu semasa
Kertas putih vaksin, KJ tak salahkan PMX terima nasihat tak tepat
June 13, 2023· Isu semasa
Perolehan vaksin tanpa pengetahuan AGC : KKM sangkal dakwaan PM
June 12, 2023· Isu semasa
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
5 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok