Covid-19: Ramai doktor, jururawat di Singapura berhenti akibat tekanan

November 1, 2021 · Dunia

Kadar peletakan jawatan dalam kalangan kakitangan perkhidmatan kesihatan Singapura semakin meningkat, kata Menteri Kanan Kesihatan, Janil Puthucheary, hari ini.

Katanya kira-kira 1,500 pekerja kesihatan meletak jawatan sepanjang enam bulan pertama tahun ini, berbanding kadar tahunan 2,000 kakitangan berhenti sebelum pandemik Covid-19 melanda.

“Kakitangan kesihatan rakyat asing juga telah meletakkan jawatan dalam jumlah yang lebih besar, terutamanya apabila mereka tidak dapat pulang ke negara masing-masing untuk bertemu keluarga,” katanya.

Hampir 500 doktor dan jururawat warga asing meletak jawatan sepanjang enam bulan pertama tahun ini, berbanding 500 pekerja sepanjang 2020 dan kira-kira 600 orang pada 2019.

Kebanyakan peletakan jawatan ini memberi alasan atas sebab peribadi, berpindah atau kembali ke negara asal mereka,” katanya dalam satu kenyataan di Parlimen Singapura, hari ini.

Dr Janil menjelaskan kakitangan kesihatan sudah berusaha melawan wabak itu sejak lebih 20 bulan dengan sebahagian besar daripada mereka tidak dapat mengambil cuti sejak tahun lalu.

Lebih 90 setiap daripada mereka tidak akan dapat menyelesaikan cuti terkumpul untuk tahun ini, katanya.

“Kakitangan kesihatan kita telah melampaui tugas untuk menjaga pesakit mereka. Untuk September sahaja, jururawat terpaksa bekerja 160 hingga 175 jam sebulan.

“Saya juga menerima maklumat daripada pasukan klinikal hospital mengatakan moral dalam kalangan kakitangan kesihatan juga semakin turun,” katanya.

Dr Janil berkata kakitangan kesihatan lain pula mengatakan “rasanya apa yang bermula sebagai larian 2.4km menjadi maraton, dan ketika kami sampai ke garisan penamat, kami perlu berlari maraton kedua. Ramai yang keletihan secara fizikal, mental, emosi – sama ada mereka akan mengakuinya atau tidak.”

Dengan kakitangan kesihatan yang terus-menerus berdepan tekanan kerja, adalah “tidak menghairankan” untuk mendapati kadar peletakan jawatan meningkat tahun ini, katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok