Covid-19: PM Singapura terima suntikan dos penggalak

September 17, 2021 · Dunia

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerima suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di Hospital Umum Singapura, hari ini.

“Kes meningkat dengan cepat. Suntikan penggalak akan menguatkan lagi perlindungan anda terhadap Covid-19,” tulis Lee di Facebooknya.

Beliau menambah Jawatankuasa Pakar mengenai Vaksinasi Covid-19 mencadangkan dos tambahan untuk mereka berusia 60 tahun ke atas, penghuni rumah orang-orang tua, dan individu yang mengalami kekurangan kekebalan tubuh apabila sistem imun mereka tidak mampu berfungsi dengan penuh.

“Jika anda ditawarkan dos penggalak, silalah ambil. Ini akan mengurangkan peluang anda mengalami sakit yang serius, atau memerlukan rawatan ICU (unit rawatan rapi),” kata Lee.

Lee yang menerima dos pertama vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech pada 8 Januari lalu, turut memuat naik video beliau menerima suntikan itu.

Lee menerima suntikan penggalak itu tatkala jangkita di Singapura menghampiri angka 1,000 kes.

Setakat 16 September, Singapura melaporkan sejumlah 910 kes baharu Covid-19 dengan 803 jangkitan dalam komuniti, 103 di asrama pekerja migran dan empat kes import.

Menurut data Kementerian Kesihatan Singapura 837 kes kini ditempatkan di hospital, 77 kes memerlukan bantuan oksigen dan 12 lagi dirawat di ICU.

Seramai 82 peratus penduduk Singapura telah lengkap dua dos vaksin Covid-19 manakala 84 peratus sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, setakat 15 September. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok