Covid-19: New Zealand sambung ‘lockdown’ hingga 27 Ogos

August 23, 2021 · Dunia

Kerajaan New Zealand sekali lagi melanjutkan perintah sekatan dan penutupan atau ‘lockdown’ di seluruh negara itu sehingga 27 Ogos ini.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berkata Kabinet membuat keputusan seluruh negara itu kekal di bawah ‘lockdown’ Tahap 4 selama empat hari lagi susulan penularan varian Delta Covid-19.

Bagaimanapun, Auckland – bandar utama di negara itu – kekal diletak di bawah sekatan dan penutupan sehingga 31 Ogos.

“Varian Delta telah mengubah peraturan, tetapi kami juga telah mengubah pendekatan dengan meningkatkan tahap kewaspadaan, memperluas penjejakan kontak rapat, pemakaian pelitup muka dan memperbanyakkan ujian saringan.

“Adalah mustahil untuk mengatasi semua itu namun kita hanya perlu memastikan bahawa kita tidak berada dalam sekatan lebih lama daripada yang diperlukan,” kata Ardern seperti dilapor Radio New Zealand.

Minggu lalu, New Zealand mengesan kes pertama varian Delta daripada seorang pengembara yang tiba dari New South Wales, Australia.

Selasa minggu lalu, pihak berkuasa New Zealand meletakkan seluruh negara itu pada Tahap 4 ‘lockdown’ setelah mengesan jangkitan tempatan, yang pertama sejak Februari lalu.

Pada masa sama, Parlimen negara itu turut menangguhkan mesyuarat selama seminggu setelah mendapat nasihat daripada pihak berkuasa kesihatan.

Di bawah perintah sekatan dan penutupan Tahap 4, semua warga New Zealand dikehendaki duduk di rumah, manakala semua bentuk perniagaan ditutup, kecuali pasar raya dan premis farmasi.

September tahun lalu, New Zealand menarik balik sekatan dan tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh tujuh bulan.

Namun, sejak 24 jam lalu, negara itu merekodkan 38 kes baharu di Auckland dan Wellington.

Sejak pandemik Covid-19 mula menular di negara itu awal 2020 lalu sehingga kini, New Zealand melaporkan 3,054 kes dan 26 kematian di dalam populasi seramai lima juta orang.

Menurut data Kementerian Kesihatan New Zealand, sehingga kini lebih 1.7 juta populasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin Covid-19, manakala lebih sejuta lagi telah melengkapkan dos kedua. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
10 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok