Covid-19: New South Wales sedia ‘bebaskan’ penerima vaksin lengkap

August 25, 2021 · Dunia

Ketika New South Wales merancang melonggarkan beberapa sekatan Covid-19 susulan sudah mencapai sasaran vaksinasi enam juta penduduknya, pihak berkuasa kesihatan negeri padat penduduk di Australia itu melaporkan 919 jangkitan baharu dan dua kematian hari ini, berbanding 753 kes semalam.

Kerajaan negeri itu dijangka menyusun pelan untuk membuka semula sesi persekolahan secara bersemuka, sementara Ketua Menterinya, Gladys Berejiklian menegaskan akan memberi sedikit kelonggaran sekatan kepada individu yang telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 masing-masing.

Dua kematian yang dilaporkan itu membabitkan seorang wanita dalam lingkungan usia 30-an dari barat Sydney yang meninggal dunia di rumah, serta seorang lelaki berusia 80-an yang meninggal di sebuah hospital.

Bagaimanapun, Timbalan Ketua Menteri, John Barilaro mengesahkan perintah sekatan dan penutupan di kawasan luar bandar akan dilanjutkan beberapa minggu lagi setelah terdapat peningkatan kes, terutama di barat negeri itu.

Kerajaan New South Wales juga menegaskan bahawa walaupun jumlah kes meningkat dan sistem kesihatannya dalam keadaan tertekan, namun ianya masih mampu menangani kes-kes Covid-19.

Terdahulu Berejiklian memaklumkan akan memberi kelongggaran tambahan kepada mereka yang sudah lengkap divaksin dan akan diumumkan hujung minggu ini.

“Saya sangat gembira dan bersyukur New South Wales telah mencapai sasaran enam juta penduduk yang divaksin. Kami akan mengadakan perbincangan dan akan mengumumkannya mengenai kelonggaran tambahan tersebut bagi penduduk yang telah lengkap divaksin mulai bulan September ini.

“Terima kasih kepada semua individu yang telah bersedia menerima suntikan dan menyambut baik usaha kerajaan. Ini selaras dengan sasaran kita dan hampir 60 peratus daripada penduduk di negeri ini telah menerima sekurang-kurangnya dos pertama dan 30 peratus daripadanya telah lengkap divaksin,” katanya.

Bagaimanapun, Persatuan Perubatan Australia (AMA) New South Wales menggesa kerajaan negeri itu tidak memberi kelonggaran walaupun enam juta penduduk sudah lengkap divaksin, kerana jangkitan baharu dijangka akan meningkat.

“Kami tahu orang ramai sudah letih, ingin berkumpul dengan keluarga masing-masing dan sudah menerima vaksin. Namun ini bukan masa yang sesuai untuk meredakan mana-mana sekatan pada tahap mana sekali pun kerana kes jangkitan baharu masih tinggi.

“Saya faham kehendak orang ramai dan perbincangan mengenai permodelan dan kadar vaksinasi di negara ini sangat penting. Namun, jumlah kes harian masih belum menurun untuk memberi sebarang kelonggaran sekatan buat masa sekarang,” kata Presiden AMA New South Wales, Dr Danielle McMullen. – Agensi

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
October 6, 2022
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
October 6, 2022
Taikun India orang kedua terkaya di dunia, atasi pengasas Amazon
September 17, 2022
Thailand kembali kepada normal
October 1, 2022
Lagi Dunia terkini
Empat sekeluarga Sikh diculik di San Francisco ditemui dibunuh
14 jam lalu · Dunia
23 kanak-kanak tadika antara 31 maut ditikam, tembak di Thailand
16 jam lalu · Dunia
Ketua Pengarah Penjara Kashmir dibunuh kumpulan pemisah
October 4, 2022 · Dunia
Kadar inflasi di Indonesia meningkat mendadak
October 3, 2022 · Dunia
Sejarah hitam bola sepak Indonesia, Presiden arah siasatan segera
October 2, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
15 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok