Covid-19 mungkin merebak melalui makanan sejuk beku: WHO

March 31, 2021 · Dunia

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa mengeluarkan laporan mengenai asal usul Covid-19, selepas penyelidikan bersama dengan China berhubung isu, termasuk bagaimana virus itu merebak dan penyelidikan akan datang di pelbagai negara.

Penyelidikan selama 28 hari bermula 14 Januari hingga 10 Februari di Wuhan, China itu dilakukan 34 pakar WHO dan China yang mengesan kemungkinan besar Covid-19 mula merebak melalui rantaian produk makanan sejuk beku dan ‘sangat tidak mungkin’ virus bermula melalui insiden makmal.

Agensi berita Xinhua melaporkan pakar juga mengemukakan beberapa cadangan untuk penyelidikan akan datang; membangunkan pangkalan data maklumat yang komprehensif, melakukan penyelidikan retrospektif dan sistematik lebih lanjut mengenai kes-kes terdahulu dan kemungkinan penyebar virus, dan menganalisis faktor rantaian sejuk beku yang mungkin mencetus dan menularkan penyakit.

China percaya penyelidikan bersama akan memainkan peranan positif untuk memupuk kerjasama global dalam mengesan asal usul Covid-19, kata jurucakap Kementerian Luar China pada Selasa.

Pada hari sama, WHO turut mengadakan taklimat kepada negara anggota mengenai laporan berkenaan.

Kajian itu membuat kesimpulan dan cadangan berdasarkan perspektif global, dan penyelidikan akan datang tidak akan terbatas pada kawasan tertentu.

Meskipun proses mencari punca virus itu masih berjalan, bukti dan data yang disertakan dalam laporan ini masih memberikan gambaran penting mengenainya. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok