Covid-19 mungkin kekal selamanya

Pandemik Covid-19 diramalkan tidak akan hilang dengan begitu mudah, malah mungkin akan kekal untuk selama-lamanya di atas muka bumi ini.

Ini kerana, tidak mungkin negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat apatah lagi negara global lain dapat melenyapkan sepenuhnya jangkitan Covid-19 sehingga menyebabkan terjadinya pandemik.

Namun begitu, keadaan akan terkawal dan tidak mustahil satu hari nanti kes Covid-19 akan semakin menurun ke paras terendah dan semua hospital tidak akan dibanjiri oleh pesakit Covid-19.

Selain itu, banyak pakar meramalkan penularan jangkitan Covid-19 akan terjadi seperti demam influenza bermusim.

Akan tetapi, Pakar Epidemiologi Universiti Michigan, Prof Dr Arnold Monto berkata masih tidak dapat dipastikan bagaimana dan bilakah keadaaan seperti itu akan berlaku.

“Tiada ukuran atau tempoh masa yang ditetapkan untuk menyatakan ia merupakan wabak atau pandemik.

“Ia bukannya berdasarkan peraturan dan sekatan tetapi tindakan yang sewajarnya perlu diambil untuk mengawal penularan pandemik itu.

“Apa yang membezakan sekarang ialah vaksin diciptakan lebih berkesan berbanding kebiasaan yang dilaporkan,” jelasnya kepada CNN.

Monto juga yang merupakan pemangku Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Vaksin dan Produk Biologi Berkaitan Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS memberitahu berita baik untuk merawat ketika pandemik ini ialah berkaitan keberkesanan vaksin.

Sehingga kini, tiada mana-mana pihak yang boleh meramalkan bilakah tempoh masa Covid-19 akan berakhir dan kemunculan varian baharu Covid-19 seperti Delta mampu mengubah keadaan semasa.

“Perubahan corak penularan selepas kemunculan varian baharu, kita dapat melihat penyebaran yang lebih meluas dan seragam di seluruh dunia.

“Ini membuatkan perisytiharan penamatan pandemik ini menjadi lebih sukar kerana corak penularan sudah berubah dan mungkin terdapat beberapa kawasan yang belum menghadapi gelombang jangkitan yang dilalui di seluruh dunia,” jelasnya.

Sementara itu, Monto dan beberapa pakar kesihatan awam menjangkakan boleh mengetahui penularan SARS-CoV-2 pada masa akan datang, sama seperti yang digunakan untuk memantau selesema bermusim.

“Pihak kami masih tidak pasti sama ada kita dapat mengesan corak bermusim itu dengan SARS-CoV-2, tetapi kebanyakan virus sebelum ini melibatkan pernafasan dan mula merebak sebagai penyakit bermusim.

“Seperti terjadi sekarang, ia merupakan corak jangkitan bermusim bagi beberapa kes Covid-19 yang menjangkiti penduduk. Namun, kami tidak pasti sama ada SARS-CoV-2 akan bertindak demikian, para saintis ada memberi satu gambaran bahawa penularan Covid-19 mungkin akan berlaku seperti itu,” jelasnya lagi.

Menurutnya, semua pihak perlu mengambil pendekatan untuk ‘tunggu dan lihat’ bagi mengetahui bagaimana fasa endemik Covid-19 akan terjadi.

Seorang Ahli Epidemiologi dari Boston College, Dr Philip Landrigan berpendapat, AS wajib membina imuniti terhadap Covid-19 untuk beralih daripada fasa pandemik ke endemik.

Secara tidak langsung, ini bermaksud AS perlu memberikan suntikan vaksin kepada lebih ramai penduduknya.

Jelasnya, peralihan fasa tersebut mungkin mengambil masa yang panjang berikutan terdapat sebahagian penduduk AS masih berdegil untuk divaksin, malah terdapat juga golongan yang tidak mahu memakai pelitup muka ketika di tempat awam.

Sehingga kini, hanya terdapat 58 peratus dari penduduk AS yang menerima suntikan vaksin Covid-19 lengkap. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR