Covid-19 merebak di sekolah Yogyakarta

Kerajaan tempatan Yogyakarta masih menyiasat penularan berleluasan Covid-19 di beberapa sekolah di wilayah istimewa itu sejak hujung bulan lalu.

Bermula di subdaerah Sedayu di Bantul, kluster sekolah telah merebak di tiga lagi daerah jiran sejak akhi Oktober, kata Setiausaha Yogyakarta, Kadarmanta Baskara Aji.

Kerajaan tempatan telah mengeluarkan kebimbangan awal bahawa terdapat kecuaian pasukan petugas Covid-19 peringkat sekolah dalam menguatkuasakan protokol kesihatan yang telah ditetapkan, terutamanya membenarkan orang ramai semasa cuti sekolah.

“Jika tempoh belajar lebih daripada 2.5 jam, biasanya ada istirahat, kantin sekolah akan dibuka dan pelajar akan memenuhinya,” kata Aji.

Menurutnya kerajaan wilayah itu akan menilai semula sesi pembelajaran bersemuka, terutama dari segi jam persekolahan yang mungkin dihadkan kepada 2.5 jam sehari.

Aji berkata, berdasarkan penemuan kluster Covid-19 yang berleluasa di sekolah, bukan sahaja pelajar tetapi guru juga menjadi pembawa virus itu.

“Di daerah Sleman, misalnya, terdapat 64 pelajar dan 15 guru yang telah diuji positif Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Indonesia merekodkan 480 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam semalam, menjadikan keseluruhannya 4,249,323 kes positif dilaporkan sejak awal tahun lalu.

Kes baharu itu dikesan menerusi ujian saringan dilakukan terhadap 299,600 individu.

Sehingga semalam, terdapat 9,537 kes aktif di Indonesia. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR