Covid-19 menular, Sydney kena perintah berkurung

August 20, 2021 · Dunia

Pihak berkuasa Australia meletakkan 12 majlis tempatan di Sydney di bawah perintah berkurung mulai 9 malam hingga 5 pagi bermula Isnin, 23 Ogos ini, susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini.

Pada masa sama, sekatan dan penutupan di bandar raya paling padat penduduk di negeri New South Wales itu turut dilanjutkan sehingga akhir September, setelah hampir dua bulan perintah itu dikuatkuasakan namun gagal membendung penularan Covid-19 yang didorong oleh varian Delta.

Ketua Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian juga mengumumkan penduduk diwajibkan memakai pelitup muka sebaik sahaja mereka keluar dari rumah, kecuali ketika bersenam dengan tempoh dihadkan kepada sejam sehari.

“Saya telah dipaksa untuk menguatkuasakan kawalan yang lebih ketat kerana dua sebab iaitu peningkatan jumlah kes positif Covid-19, dan tindakan orang ramai yang gagal mematuhi peraturan sekatan dan penutupan serta melanggar protokol kesihatan.

“Saya meminta pihak kesihatan dan polis bekerjasama memberi cadangan terakhir apa yang perlu dilakukan untuk tidak membiarkan keraguan betapa seriusnya kita berusaha menurunkan kadar kes itu,” katanya dalam kenyataan menerusi televisyen hari ini.

Katanya hari ini sahaja 644 jangkitan baharu direkodkan, kebanyakannya di Sydney, turun sedikit berbanding 681 kes semalam.

Jumlah kes positif harian meningkat kepada lebih 400 sejak tujuh hari lalu. Empat kematian juga dilaporkan hari ini menjadikan keseluruhannya 65 kes.

Australia, yang sebelum ini dilihat berjaya mengawal Covid-19 ketika tempoh penularan pandemik itu memuncak di negara lain, kini sedang berusaha untuk mengekang varian Delta daripada merebak lebih meluas.

Komisioner Polis New South Wales, Mick Fuller pula berkata pihaknya telah diberi kuasa tambahan bagi memastikan perintah sekatan, penutupan dan perintah berkurung dipatuhi sepenuhnya.

“Jika seseorang itu memasuki mana-mana majlis tempatan berkaitan tanpa sebab munasabah, bukan sahaja mereka boleh didenda, malah mereka akan dihantar pulang dan dikenakan perintah pengasingan selama 14 hari,” katanya.

Walaupun gelombang ketiga Covid-19 didorong oleh varian Delta, yang menyebabkan separuh daripada 25 juta penduduk negara itu dikenakan perintah duduk di rumah, jumlah kes positif di Australia masih rendah dengan mencatatkan 42,100 kes dan 975 kematian.

Namun, program vaksinasi yang perlahan telah menyebabkan lebih ramai penduduk dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia. Hanya kira-kira 28 peratus daripada populasi Australia setakat ini telah menerima vaksin sepenuhnya. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
Salman Rushdie ditikam 10 kali
August 14, 2022
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022
Lelaki kaya warga emas cerai isteri 19 tahun selepas dua bulan kahwin
August 11, 2022
Lagi Dunia terkini
Salman Rushdie ditikam 10 kali
11 jam lalu · Dunia
Dokumen ‘Rahsia Besar’ dirampas dalam serbuan di rumah Trump
August 13, 2022 · Dunia
Penulis ‘The Satanic Verses’ ditikam
August 13, 2022 · Dunia
Indonesia mungkin naikkan harga bahan api, subsisi tenaga melonjak
August 12, 2022 · Dunia
Tak perlu kuarantin, tapi pakai pelitup muka 10 hari: CDC
August 12, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Bersatu serah memorandum tubuh RCI siasat projek LCS
August 10, 2022
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok