Covid-19: Kru kapal kargo cetus kebimbangan Australia Barat

July 26, 2021 · Dunia

Kehadiran sebuah kapal laut dari Singapura yang sebelum itu singgah di Batam, Indonesia mencetuskan amaran baharu kepada wilayah Australia Barat apabila beberapa krunya mengalami simptom selesema, tetapi tidak pasti sama ada Covid-19 atau tidak.

Darya Krishna bertolak dari Singapura pada 18 Julai lalu dan menuju ke Kwinana di barat daya Perth, Australia.

Ketua Menteri Australia Barat Mark McGowan berkata pihak berkuasa percaya kira-kira empat daripada 20 kru kapal itu menghidap simpton selesema.

Sementara tidak ada pesakit itu yang disahkan dijangkiti Covid-19, pihak berkuasa bimbang kerana kapal berkenaan sebelum itu berlabuh di pelabuhan Batam, Indonesia.

Indonesia berada di tengah-tengah malapetaka wabak Covid-19 dengan jangkitan melebihi 3.1 juta, manakala puluhan ribu lagi meninggal dunia.

Minggu lalu, Australia melaporkan 10 kru BBC California disahkan positif Covid-19 selepas kapal kargo itu berlabuh di bandar pelabuhan Australia Barat, Fremantle.

Semua kru terbabit disahkan dijangkiti varian Delta. Sehingga semalam, lapan daripadanya masih berada di atas kapal itu sementara dua lagi telah sembuh dan dibenarkan turun.

BBC California sebelum itu dilaporkan turut berlabuh di pelabuhan Indonesia.

Sebuah lagi kapal kontena, Mattina, yang turut berlabuh di Indonesia dan menuju New Zealand, juga melaporkan jangkitan Covid-19 di kalangan krunya.

Sebelum ini, Australia Barat telah menutup sempadannya dengan beberapa negeri lain termasuk New South Wales, Queensland dan Australia Selatan susulan penularan varian Delta. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok