Covid-19: Kes harian di Singapura melonjak semula

October 6, 2021 · Dunia

Kes baharu Covid-19 di Singapura kembali menunjukkan trend peningkatan sejak beberapa hari lalu, menepati jangkaan pihak berkuasa negara itu sebelum ini.

Semalam, jangkitan baharu melonjak dengan merekodkan 3,486 kes, termasuk sembilan kematian baharu melibatkan warga tempatan yang berumur antara 64 dan 90 tahun.

Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam satu kenyataan, mengesahkan mangsa berkenaan, melibatkan enam lelaki dan tiga wanita, meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19.

Empat daripadanya disahkan lengkap divaksin, dua lagi sudah divaksin dos pertama dan tiga pesakit lain tidak divaksin dengan semua mereka mempunyai komorbiditi lain.

Ini menjadikan 16 hari berturut-turut kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan, menjadikan angka kematian akibat Covid-19 di republik itu naik 130 orang.

Daripada 3,486 jangkitan baharu yang dilaporkan semalam, 2,767 kes melibatkan jangkitan dalam komuniti di mana 643 daripadanya membabitkan warga emas berusia 60 tahun ke atas, 713 kes di asrama pekerja migran dan enam kes import.

Sejak 18 September lalu, jumlah jangkitan harian yang dilaporkan mencecah hampir 1,000 kes dan pada 28 September lalu, kadar itu terus melonjak kepada 2,000 kes sehari. Semalam, buat kali pertama kes harian di republik itu sekali lagi meningkat melebihi 3,000 kes.

Sehingga kini, angka kes Covid-19 di republik itu berjumlah 109,804.

Dari enam kes import, tiga daripadanya dikesan ketika ketibaan, manakala tiga lagi mendapat jangkitan semasa pengasingan atau kuarantin kendiri di rumah.

Sejak tengah hari semalam, lebih 1,512 kes aktif dilaporkan dirawat hospital, di mana 247 daripadanya memerlukan sokongan oksigen dan 34 lain sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU). Daripada jumlah itu, 235 pesakit warga tua yang berumur 60 tahun ke atas. – Agensi

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Singapura tak setuju kelonggaran LGBT seperti disaran Pelosi
August 5, 2022· Dunia
Popular
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Bekas pegawai polis Malaysia menang kerusi Parlimen di Australia
May 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
11 jam lalu · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
12 jam lalu · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Baht Thailand melantun pantas disokong sektor pelancongan
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok