Covid-19 : Kes harian Australia cecah 2,000 kes

October 4, 2021 · Dunia

Australia mencatat peningkatan kes harian Covid-19 dalam tempoh 24 jam, sebanyak 2,029 jangkitan baharu walaupun negara itu masih di bawah penutupan sekatan dan kadar vaksinasi meningkat.

Wilayah New South Wales merekodkan 623 kes baharu dan enam kematian, menunjukkan penurunan dari semalam iaitu sebanyak 667 kes dan 10 kematian.

Manakala di Victoria, terdapat 1,377 jangkitan baharu Covid-19, meningkat daripada semalam iaitu 1,220 dan enam kematian baharu dilaporkan.

Wilayah Ibu Kota Australia juga turut merekodkan 28 kes baharu melibatkan jangkitan tempatan dan dua kematian, manakala wilayah Queensland melaporkan satu kes melibatkan jangkitan tempatan.

Sebelum ini, Queensland sudah melaksanakan penutupan sementara namun, tindakan itu dikritik oleh Ketua Pegawai Kesihatan, Jeanette Young memberitahu tindakan itu perlu ditarik balik kerana pesakit yang dijangkiti itu sudah divaksin lengkap dan semua anggota keluarganya disahkan negatif selepas diuji.

Namun begitu, Sabtu lalu, wilayah Victoria merekodkan kes di paras tertinggi sejak wabak ini mula menular pada Mac tahun lalu dengan 1,488 jangkitan di wilayah itu.

Pegawai Negeri memaklumkan lonjakan kes baharu itu berpunca dari tindakan melanggar peraturan perintah berkurung apabila orang ramai menghadiri perlawanan akhir bola sepak Australia pada hujung minggu lalu.

Kebanyakkan kes baharu yang dilaporkan semalam melibatkan mereka berumur 10 ke 29 tahun.

Selain itu, Ahad lalu, Ibu Kota Melbourne diisytiharkan sebagai ibu kota terlama menjalani perintah berkurung dengan jumlah 245 hari sejak Mac tahun lalu, mengatasi Buenos Aires.

Mulai 11 Oktober ini, New South Wales akan mula melonggarkan sekatan apabila hampir 70 peratus penduduknya yang berumur 16 tahun ke atas disasarkan akan divaksin lengkap.

Sehingga hari ini, hampir 67 peratus dari penduduk di NSW sudah divaksin lengkap.

Sementara itu, wilayah Victoria juga mensasarkan untuk menyuntik hampir 70 peratus penduduknya mulai 26 Oktober ini, dan sehingga hari ini, sekitar 52 peratus dari penduduknya sudah divaksin lengkap.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Influenza menyerang!
August 2, 2022· Isu semasa
Popular
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
August 9, 2022
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
August 9, 2022
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
August 9, 2022
Lagi Dunia terkini
Lapan maut, 6 hilang hujan lebat di kota metropolitan Korea Selatan
9 jam lalu · Dunia
Menteri Luar beri amaran China mungkin ceroboh Taiwan
13 jam lalu · Dunia
Kempen vaksinasi cacar monyet bermula di Itali
17 jam lalu · Dunia
Biden umum bantuan senjata terbesar ke Ukraine
17 jam lalu · Dunia
4 beradik antara korban terkena peluru berpandu Israel
17 jam lalu · Dunia
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok