Covid-19: Kes baharu di Singapura terus meningkat

October 20, 2021 · Dunia

Jumlah jangkitan Covid-19 di Singapura melonjak kepada 3,994 jangkitan dalam tempoh 24 jam semalam berbanding 2,553 kes pada Isnin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) negara itu.

Jumlah terbaharu itu menjadikan angka keseluruhan kes positif yang dikesan sejak awal tahun lalu sehingga semalam kepada 154,725 kes.

Daripada jumlah jangkitan baharu itu, 3,480 kes membabitkan penularan di dalam komuniti, 501 kes di kediaman pekerja asing dan 13 kes import.

“Kes komuniti turut melibatkan 567 individu berusia 60 tahun ke atas. Daripada lima kluster terbesar yang dipantau, lima mempunyai kes baharu,” kata MOH.

Empat kes baharu direkodkan di United Medicare Centre di Toa Payoh menjadikan jumlah pesakit kluster itu kepada 132 individu. Daripada jumlah itu, 113 adalah warganegara, 18 kakitangan dan seorang kontak rapat.

MWS Christalite Methodist Home di Marsiling pula menyaksikan empat kes baharu menjadikan keseluruhannya 114 individu dalam kluster itu, manakala St Andrew’s Nursing Home di Taman Jurong mempunyai dua kes baharu.

MOH turut memaklumkan jumlah pesakit yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) terus meningkat, meletakkan hospital di bawah tekanan yang ketara.

Sehingga semalam terdapat 71 pesakit di ICU berbanding 67 pada Isnin

“Kami akan memantau dengan rapat dalam tempoh beberapa hari lagi sama ada peningkatan ini bersifat sementara atau berterusan,” kata MOH.

MOH berkata dalam tempoh seminggu terakhir, mereka melihat peningkatan dalam tahap aktiviti, termasuk jumlah pengunjung yang lebih tinggi di semua pusat beli-belah, pergerakan orang ramai di Orchard Road, dan peningkatan jumlah penumpang pengangkutan awam.

“Jumlah warga tua berumur 60 tahun ke atas yang tidak divaksin dan dijangkiti telah meningkat beberapa hari terakhir,” kata MOH.

Sementara itu kementerian berkenaan turut melaporkan tujuh lagi pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam menjadikan keseluruhannya 246 kematian.

Lima daripadanya adalah lelaki dan dua wanita masing-masing berumur antara 57 hingga 90 tahun. Tiga daripadannya tidak divaksin, tiga lengkap vaksinasi dan satu belum lengkap divaksin. – ST

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok