Covid-19: Jutaan penduduk timur laut China kena ‘lockdown’

Berjuta-juta penduduk China terperangkap dalam perintah berkurung pada Ahad apabila kes Covid-19 meningkat tiga kali ganda selepas lonjakan jangkitan di timur laut negara itu menyebabkan penularan terburuk yang pernah dialami China dalam tempoh dua tahun.

Sebanyak 1,938 kes baharu Covid-19 telah dilaporkan oleh pihak berkuasa China pada Ahad, meningkat tiga kali ganda berbanding jumlah jangkitan sehari sebelumnya.

Serentak itu, kawalan lebih ketat telah dilaksanakan bagi mereka yang ingin memasuki Shanghai, dengan perkhidmatan di bandar pelabuhan timur dihuni lebih 24 juta populasi telah digantung selepas kes meningkat daripada 15 kepada 432.

Mana-mana individu yang ingin memasuki Shanghai perlu menjalani ujian Covid-19 sebelum dibenarkan masuk.

Bandar berjiran di Jilin dan Changchun, di timur laut, menyumbang kepada kira-kira tiga perempat daripada jumlah jangkitan harian apabila melaporkan 1,412 jumlah kes.

Kemasukan ke Changchun, yang berjiran dengan bandar Jilin dan berada dalam wilayah Jilin di China, telah digantung, dengan penduduk juga diberitahu untuk tinggal di rumah.

Bilangan jangkitan adalah rendah berbanding dengan negara lain, seperti Unite Kingdom (UK), tetapi pihak berkuasa menguatkuasakan dasar ‘sifar Covid’ yang bertujuan mencari dan mengkuarantin setiap individu yang dijangkiti di China.

Kebimbangan semakin memuncak terhadap daya tahan pendekatan toleransi sifar negara dalam menghadapi wabak ini. Sebanyak 18 lagi wilayah di bandar di timur laut negara itu sedang berdepan penularan varian Omicron dan Delta.

Bandar Jilin – yang berada di tengah-tengah wabak di timur laut – sebahagiannya dikenakan ‘lockdown’ pada Sabtu, manakala penduduk Yanji, kawasan bandar bersempadan dengan Korea Utara, ‘dikurung’ di rumah mereka hari ini.

China, di mana virus itu mula-mula dikesan pada akhir 2019, telah mengekalkan dasar ‘sifar-Covid’ yang ketat yang dikuatkuasakan dengan sekatan pantas, sekatan perjalanan dan ujian besar-besaran apabila kluster telah muncul. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR