Covid-19: Itali sambung tempoh darurat hingga 22 Mac 2022

December 15, 2021 · Dunia

Kerajaan Itali semalam meluluskan dekri untuk menyambung semula tempoh darurat selama tiga bulan lagi sehingga 31 Mac 2022 susulan penularan Covid-19. Tempoh darurat tersebut seharusnya tamat pada 31 Disember ini.

Dekri itu membolehkan Kerajaan Pusat mengekalkan sekatan bagi mencegah gelombang pandemik keempat, khususnya membabitkan varian baharu Omicron, ketika cuti Krismas dan Tahun Baharu.

Perintah itu termasuk mewajibkan ‘pas hijau khas’ untuk masuk ke tempat awam seperti restoran dan bar, pawagam, gim, kelab malam serta stadium bermula dari 6 Disember hingga 15 Januari ini.

Pas berkenaan akan membuktikan seseorang itu sudah divaksin atau kembali pulih daripada jangkitan Covid-19 dalam tempoh enam bulan lalu.

Manakala, bagi mereka yang tidak divaksin juga perlu menunjukkan pas hijau ‘biasa’ dengan bukti ujian saringan Covid-19 negatif sebelum masuk ke mana-mana tempat dan ketika menggunakan pengangkutan awam.

Menurut undang-undang Itali, keadaan darurat membolehkan Kabinet untuk menggubal semula undang-undang dan bertindak dengan lebih cepat, menggelakkan prosedur birokrasi, namun hanya melibatkan sektor berkaitan kecemasan.

Darurat pandemik pertama di Itali diisytiharkan pada 31 Januari tahun lalu ketika kes pertama Covid-19 dikesan di Rom selama enam bulan dan telah disambung beberapa kali.

Itali semalam, melaporkan lebih 20,665 kes jangkitan baharu dan 120 kematian akibat Covid-19, menjadikan angka keseluruhan kes di negara ini melonjak hampir 5.26 juta dengan 135,000 korban sejak tahun lalu. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok