Covid-19: Indonesia 4,857 kes, Singapura 7,581, Thailand 26,050

March 26, 2022 · Dunia

Kementerian Kesihatan Republik Indonesia (Kemkes) memaklumkan sebanyak 4,857 jangkitan baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam hingga 12 tengah hari Jumaat (25 Mac), turun berbanding 5,808 kes pada Khamis.

Jumlah terbaharu itu menjadikan kumulatif positif meningkat kepada 5,991,687 sejak pesakit pertama dijangkiti Covid-19 pada 2 Mac 2020 lalu.

Menurut Pasukan Petugas Covid-19, Jawa Barat kekal sebagai penyumbang tertinggi kes harian dengan 1,125 kes, diikuti Jakarta (890), Jawa Tengah (510), Banten (338), dan Jawa Timur (303 kes).

Jumlah pesakit yang sembuh juga meningkat sebanyak 14,710, menjadikan keseluruhan kes pulih kepada 5,691,220.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19 meningkat sebanyak 120 kes, menjadikan jumlah kematian mencecah 154,463 orang.

Dalam perkembangan sama, Singapura melaporkan 7,584 jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari Jumaat, merangkumi 7,376 jangkitan tempatan dan 208 kes import.

Terdapat 13 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 1,239 kes.

Seramai 826 pesakit masih dirawat di hospital, menurut statistik jangkitan terkini di laman web Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, dengan seramai 101 pesakit memerlukan bantuan oksigen.

MOH juga memaklumkan seramai 28 pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi, meningkat berbanding 24 kes pada Khamis.

Sehingga kini, Singapura telah merekodkan 1,060,723 kes Covid-19 sejak permulaan wabak itu awal 2020 lalu.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam (PHM) Thailand pula melaporkan dalam tempoh sama sebanyak 26,050 jangkitan baharu dilaporkan dengan 36 daripadanya adalah pengembara luar.

Jumlah itu menjadikan kumulatif positif di Thailand mencecah 3,477,030 kes, termasuk 1,253,595 kes yang dikesan sejak 1 Januari 2022 lalu.

Seramai 3,208,271 pesakit telah sembuh, dan 244,111 masih dirawat di hospital. Jumlah kematian meningkat kepada 24,648 kes, apabila 69 pesakit Covid-19 meninggal dunia semalam.

Menurut Worldometer, kes positif Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 478.26 juta pada Jumaat; dengan 413.09 juta daripadanya telah pulih; 59.04 juta kes aktif, termasuk 60,154 dalam keadaan kritikal; dan 6.13 juta telah meninggal dunia. – Agensi

Berita berkaitan
Singapura tak guna OPR, Dr M beritahu Anwar
June 7, 2023· Isu semasa
Penganalisis sanggah PMX buat perbandingan kenaikan OPR dengan Singapura
June 6, 2023· Isu semasa
Kenaikan OPR seperti di Singapura, akan bantu kukuh nilai mata wang: PMX
June 6, 2023· Politik
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
5 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok