Covid-19: Individu pernah ke India dilarang masuk UK mulai Jumaat

April 20, 2021 · Dunia

Britain akan memasukkan India dalam senarai merah perjalanan Jumaat ini selepas mengesan 103 kes positif varian baharu Covid-19 dari India yang juga dikenali ‘mutasi berkembar’.

Menteri Kesihatan, Matt Hancock berkata, United Kingdom (UK) terpaksa membuat keputusan yang sukar tetapi penting untuk memasukkan India ke dalam senarai merah perjalanan.

“Ini bermakna sesiapa sahaja yang bukan penduduk Britain atau Ireland atau rakyat UK tidak boleh memasuki Britain jika mereka pernah berada di India dalam tempoh 10 hari sebelum ini.

“Penduduk UK dan Ireland serta warganegara Britain yang telah berada di India sejak 10 hari sebelum datang ke negara ini perlu menjalani kuarantin di hotel selama 10 hari apabila tiba di sini,” katanya memberitahu Parlimen negara itu hari ini.

Peraturan itu akan berkuat kuasa jam 4 pagi waktu tempatan hari Jumaat ini, kata Hancock.

Peraturan itu dilaksanakan sebagai langkah berjaga-jaga sementara varian yang pertama kali dikenal pasti di India itu dikaji.

Ditanya sama ada vaksin yang digunakan di Britain berfungsi melawan varian tersebut, Hancock berkata, beliau tidak dapat memberikan jaminan tetapi perlu mencari jawapan secepat mungkin.

“Keprihatinan saya mengenai varian yang pertama kali ditemukan di India itu adalah bahawa vaksin mungkin kurang berkesan dari segi penularan atau dalam hal mengurangkan kemasukan ke hospital dan kematian

“Kebimbangan ini sama dengan varian yang pertama kali kita temukan di Afrika Selatan, dan merupakan sebab utama mengapa kita mengambil keputusan hari ini,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
July 4, 2022
Lagi Dunia terkini
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
14 minit lalu · Dunia
Banjir: Puluhan ribu penduduk Sydney diarah pindah
1 jam lalu · Dunia
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
3 jam lalu · Dunia
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
10 jam lalu · Dunia
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok