Covid-19: India haram eksport vaksin Remdesivir

April 12, 2021 · Dunia

India mengharamkan eksport ubat antivirus Remdesivir dan ramuan farmaseutikalnya tatkala permintaan meningkat akibat lonjakan jangkitan Covid-19 di negara itu.

India hari ini mencatatkan 152,879 jangkitan terbaharu, ke enam tertinggi dalam tempoh tujuh hari, menyebabkan hospital di beberapa wilayah di negara itu dibanjiri pesakit.

Sebagai tambahan kepada pengharaman eksport Remdesivir sehingga situasi pulih, Kementerian Kesihatan India berkata, pengeluar antivirus itu juga sudah diarah meningkatkan pengeluaran.

Pada November lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan cadangan bersyarat terhadap penggunaan Remdesivir kepada pesakit yang dirawat di hospital kerana tidak ada bukti bahawa ubat itu meningkatkan kualiti peakit.

Bagaimanapun, banyak negara, termasuk India terus menggunakannya. Malaysia tidak menggunakan Remdesivir sebagai vaksin Covid-19.

Sebelum ini media melaporkan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat meluluskan Remdesivir keluaran Gilead Sciences (Gilead) untuk rawatan Covid-19.

Bagaimanapun, kajian diterbitkan ‘American Society for Microbiology’ menyatakan penggunaan Remdesivir hanya berkesan jika diberikan kepada pesakit di peringkat awal jangkitan COVID-19, secara spesifiknya sebelum lapan jam selepas permulaan jangkitan.

Remdesivir diluluskan untuk pesakit berusia 12 tahun ke atas dan kebenaran penggunaan kecemasan sementara bagi merawat individu lebih muda dengan berat lebih 7.7 paun (3.5 kilogram). – Agensi

Berita berkaitan
Kerajaan tak jawab soalan syarikat mana dapat import telur: Wan Saiful
March 7, 2023· Isu semasa
Hanya satu syarikat dibenarkan import telur dari India, kata Mat Sabu
March 1, 2023· Isu semasa
Berdepan masalah kewangan, Pharmaniaga diletak bawah kategori PN17
February 28, 2023· Isu semasa
Perbicaraan kes saman Muhyiddin terhadap Puad ditetapkan pada Ogos
February 16, 2023· Isu semasa
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
11 jam lalu · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
9 jam lalu
[VIDEO] Kerajaan campuran takut penyatuan orang Melayu tolak pemimpin Melayu gagal
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok