Covid-19: India berdepan krisis oksigen perubatan

April 23, 2021 · Dunia

Dengan catatan jumlah harian tertinggi di dunia pada Khamis iaitu 314,835 jangkitan Covid-19, India kini berdepan kebimbangan baharu berhubung kemampuan perkhidmatan kesihatannya yang sudah diketahui berada pada tahap rendah.

Pegawai perubatan di seluruh utara dan barat India termasuk ibu negara, New Delhi berkata mereka kini berdepan krisis baharu – kebanyakan hospital sudah penuh dan kekurangan oksigen perubatan.

Akibat masalah itu, sesetengah doktor menasihatkan pesakit supaya duduk di rumah, sementara tempat pembakaran mayat di timur Muzaffarpur dilaporkan dipenuhi mayat.

“Sekarang ini sudah tiada lagi katil, tiada oksigen. Prasarana yang ada sudah runtuh,” kata Pengarah Sekolah Biosains Universiti Ashoka, Shahid Hameel.

Beberapa hospital di New Delhi kehabisan oksigen dan pihak berkuasa di negeri jiran menghentikan bekalan ke ibu negara untuk keperluan mereka sendiri, kata Timbalan Ketua Menteri, Manish Sisodia.

“Mungkin sukar bagi hospital di sini untuk menyelamatkan nyawa,” katanya dalam ucapan yang disiarkan menerusi televisyen negara itu.

Mahkamah Agung India mengisytiharkan keadaan itu sebagai ‘darurat nasional’ dan mengarahkan pemerintah Persekutuan untuk menyiapkan rancangan kebangsan mengenai bekalan oksigen, ubat-ubatan penting dan vaksinasi. – Agensi

Berita berkaitan
Kematian pertama bawah 12 tahun akibat Covid-19 di Singapura
June 28, 2022· Dunia
Tiada lagi syarat pakai pelitup muka di Thailand
June 24, 2022· Dunia
Hampir 80,000 kes Covid-19 baharu direkodkan di India
June 20, 2022· Dunia
Malaysia-India setuju iktiraf bersama sivil vaksinasi
June 18, 2022· Uncategorized
Popular
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
June 30, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia mungkin serang Sweden, Finland jika NATO hantar tentera
11 jam lalu · Dunia
‘Bongbong’ angkat sumpah presiden, era baharu pemerintahan Marcos
14 jam lalu · Dunia
52 banduan maut rusuhan, kebakaran penjara Colombia
June 29, 2022 · Dunia
Indonesia tutup bar tawar arak percuma kepada ‘Mohammad’
June 29, 2022 · Dunia
China siasatan tarian ghairah dalam kereta api
June 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
3 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok