Covid-19: Iceland negara Nordic keempat henti guna Moderna

October 9, 2021 · Dunia

Selepas Finland, Sweden dan Denmark, kini Iceland pula menjadi negara Nordic ke empat yang menggantung penggunaan vaksin Covid-19, Moderna, dengan alasan berlaku peningkatan risiko keradangan jantung, lapor AFP.

“Oleh kerana bekalan vaksin Pfizer cukup di wilayah ini … ketua epidemiologi telah memutuskan untuk tidak menggunakan vaksin Moderna di Iceland,” menurut kenyataan yang diterbitkan di laman web Direktorat Kesihatan negara itu.

Keputusan itu dibuat susulan peningkatan kes miokarditis dan perikarditis setelah individu diberi vaksin Moderna,” kata ketua epidemiologi.

Selama dua bulan terakhir, Iceland telah memberikan dos penggalak Moderna hampir secara eksklusif kepada penduduknya yang menerima Janssen, vaksin satu dos yang dipasarkan oleh Johnson & Johnson, terutama kepada warga emas dan individu yang berdepan masalah ketahanan imun yang telah menerima dus dos vaksin lain.

Sebelum ini, Sweden dan Denmark menghentikan pemberian vaksin Covid-19 Moderna untuk lelaki yang dilahirkan pada tahun 1991, susulan laporan mengenai kesan sampingan kardiovaskular yang jarang berlaku, kata lembaga kesihatan dan kebajikan negara itu, hari ini.

Negara itu juga mengumumkan mereka menghentikan penggunaan vaksin Moderna untuk semua individu dewasa dan remaja, belia.

“Kajian Nordic membabitkan Finland, Sweden, Norway dan Denmark mendapati lelaki di bawah usia 30 yang menerima Moderna Spikevax mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada yang lain untuk mengalami miokarditis,” kata Pengarah Insititu Kesihatan Finland, Profesor Mika Salminen.

Nordic merujuk kepada negara Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Iceland.

Berita berkaitan
Sebanyak 32.8 peratus kes baharu Covid-19 di Sarawak disebabkan BA.5
August 11, 2022· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 sebanyak 3,927 dengan enam kematian baharu
August 6, 2022· Isu semasa
Dua peguam Zahid dijangkiti Covid-19, bicara kes rasuah YAB ditangguh
August 5, 2022· Isu semasa
Kadar pengangguran masih tinggi walaupun turun pada 2022
August 3, 2022· Isu semasa
Popular
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
August 16, 2022
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
August 16, 2022
Bekas pegawai polis Malaysia menang kerusi Parlimen di Australia
May 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Russia tak perlu guna senjata nuklear ke atas Ukraine
12 jam lalu · Dunia
AS tunjuk kuat, uji peluru berpandu balistik Minuteman III
12 jam lalu · Dunia
MH17: Mahkamah Belanda buat keputusan 17 November
August 15, 2022 · Dunia
Trafik penumpang SIA cecah 2 juta kali pertama sejak wabak Covid
August 15, 2022 · Dunia
Baht Thailand melantun pantas disokong sektor pelancongan
August 15, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok