Covid-19: Harga oksigen di Jakarta naik hampir tiga kali ganda

June 29, 2021 · Dunia

Harga oksigen di Jakarta hari ini melonjak lebih dua kali ganda, sementara beberapa pembekal pula melaporkan kekurangan bekalan susulan peningkatan kes Covid-19, yang mendorong Pertubuhan Bulan Sabit dan Palang Merah Indonesia memberi amaran mengenai ‘malapetaka’ di negara itu.

Sejak beberapa hari lalu negara keempat paling ramai penduduk di dunia itu melaporkan rekod harian jangkitan Covid-19 lebih daripada 20,000 susulan gelombang kedua yang didorong oleh kemunculan varian paling pantas menular, serta pergerakan orang ramai ketika cuti sambutan Aidilfitri Mei lalu.

Dengan hospital di Jakarta semakin penuh dan sesetengahnya gagal menampung jumlah yang meningkat, ramai individu mula mencari bekalan oksigen untuk keluarga mereka yang dijangkiti Covid-19.

Akibatnya harga oksigen melonjak daripada RM207.75 kepada RM581.70 setong.

“Saya beratur di sini bagi mengisi semula bekalan oksigen untuk isteri dan anak yang disahkan positif Covid-19. Saya pergi merata tempat untuk mendapatkan bekalan,” kata Taufik Hidayat, 51, ketika ditemui Reuters di sebuah kedai pembekal oksigen di Jakarta.

Pembekal oksigen di Jakarta juga memberitahu wartawan, mereka mula kehabisan simpanan.

Pegawai Jabatan Kesihatan Jakarta, Sulung Mulia Putra pula memberitahu agensi berita Reuters kekurangan bekalan di hospital hanya sementara disebabkan pembekal menghadapi masalah pengangkutan.

“Pengedar menghadapi masalah pengangkutan. Oleh itu polis dan tentera dan beberapa agensi lain memberi bantuan membawa bekalan oksigen itu menggunakan kenderaan mereka,” katanya.

Sementara itu Indonesia melaporkan lebih 13.3 juta daripada 181 juta rakyatnya sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19, menerusi program imunisasi yang menyasarkan imuniti kelompok.

Hari ini sahaja 147,704 individu menerima dos kedua, manakala 884,876 lagi menerima dos pertama.

Menerusi fasa pertama program imunisasi itu pemerintah Indonesia menyasarkan untuk memberi suntikan kepada 40,349,049 individu, daripada lebih 181.5 juta penduduknya. – Agensi

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
PRU15: Tiada laluan khas pengundi positif Covid-19 di pusat undi
November 16, 2022· Isu semasa
KJ, Dr Noor Hisham disaman isu vaksin Covid-19
November 16, 2022· Isu semasa
Covid-19 : Pengundi positif dilarang naik Grab, bas keluar undi
November 15, 2022· Isu semasa
5 mangsa banjir positif Covid-19 di Kelantan
November 14, 2022· Isu semasa
Popular
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022
Pemerintah Dubai diarah bayar nafkah bekas isteri, anak £550 juta
December 22, 2021
Anak syarikat Genting bina kapal di Jerman fail notis bankrap
January 11, 2022
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Qatar tuan rumah pertama Piala Dunia kalah aksi pembukaan
November 21, 2022 · Dunia
Enam maut, 81 cedera letupan bom didalangi wanita di Istanbul
November 14, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Khairil Nizam di ceramah PRK Tioman
17 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Ustaz Kamal di ceramah PRK Tioman
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok